Pemandu Teksi Mogok? Biarkan Mereka Rasa..


20121003-103404.jpg

Kasar ke tajuk entry ni? Kalau ada yang terasa tu terpulanglah. Sebelum tu aku ada baca artikel dari Harian Metro tentang Pemandu Teksi ni buat mogok kat depan Pavillion dan Jalan Bukit Bintang semalam sampai jalan jam teruk.

KUALA LUMPUR: Tidak puas hati dengan perkhidmatan bas percuma Go KL yang didakwa menyebabkan kemerosotan pendapatan sehingga 70 peratus, lebih 250 pemandu teksi bertindak mengadakan mogok di Jalan Bukit Bintang, petang semalam.
Himpunan secara aman itu bermula kira-kira jam 2 petang hingga 7.30 malam membabitkan sekitar kawasan pusat beli-belah Pavillion hingga ke Lot 10.

Perbuatan pemandu terbabit yang kebanyakannya ahli Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur menyebabkan kawasan di sekitar Bukit Bintang sesak teruk apabila laluan digunakan untuk melakukan bantahan itu terpaksa ditutup.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat persatuan itu kelmarin, perhimpunan juga dibuat sebagai bantahan terhadap masalah ulat teksi ‘Arab’ dan perkhidmatan teksi sapu serta beberapa tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mereka anggap menekan pemandu teksi berlesen.

Rasanya mereka ni fikir tak kenapa mereka nak buat mogok? Pasal bus Percuma GOKL? Aku sokong 100% bus percuma yang disediakan oleh Kerajaan ni. Sebelum ni pun teksi yang aku naik kat sekitar bukit bintang diorang bukannya guna meter pun. Pastu pergi caj mahal kat pengguna, aku ingat lagi dari Jalan Imbi aku nak ke Pudu Sentral diorang caj sampai RM15, memang cekik darah betul. Sebab tu lah sekarang pengguna lebih suka naik bus GOKL sebab perkhidmatan bus ni adalah percuma. Jadi kalau tak nak orang naik bus percuma tu, kenapa tidak pemandu teksi ubah sikap? Pastikan guna meter untuk setiap perjalanan. Tak kisah la perjalanan tu dekat atau jauh. Pengguna lebih puas hati kalau pemandu teksi pakai meter dari main sebut harga yang melampau.

So kepada pemandu teksi kat luar sana, jangan nak terus boikot bus percuma tu. sebaliknya ubah perangai sendiri sebelum menunding jari kat orang lain. Aku sendiri dah boikot nak naik teksi sebab segelintir pemandunya yang cekik darah. Bak kata pepatah, “disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga”.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Pemandu Teksi Mogok? Biarkan Mereka Rasa..

  1. hafizrahim says:

    kalau compare perkhidmatan teksi kat malaysia dengan kat arab (masa kerja sana dulu)..memang jauh beza..dok kat arab nak g mane pun aku cari teksi..kalau kat malaysia…dengan caj yang tak masuk akal, perangai sesetengah driver, cara pemanduan..kalau keadaan terdesak pun nak kena pikir 2-3 kali baru bleh decide nak guna teksi ke tak..lagi2 kalau ahli keluarga perempuan aku nak naik teksi..tak tido malam berpikir nak bagi ke taknak.

  2. hafizrahim says:

    kalau compare perkhidmatan teksi kat malaysia dengan kat arab (masa kerja sana dulu)..memang jauh beza..dok kat arab nak g mane pun aku cari teksi..kalau kat malaysia…dengan caj yang tak masuk akal, perangai sesetengah driver, cara pemanduan..kalau keadaan terdesak pun nak kena pikir 2-3 kali baru bleh decide nak guna teksi ke tak..lagi2 kalau ahli keluarga perempuan aku nak naik teksi..tak tido malam berpikir nak bagi ke taknak.

  3. lepakk.com says:

    Budaya malaysia yang buatkan perkhidmatan teksi bukanlah salah satu pilihan utama

  4. lepakk.com says:

    Budaya malaysia yang buatkan perkhidmatan teksi bukanlah salah satu pilihan utama

  5. Mohd Zaid says:

    hafizrahim > betul tu bro..

  6. Mohd Zaid says:

    hafizrahim > betul tu bro..

  7. Mohd Zaid says:

    lepakk.com > maksud bro apa ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *