Aku Layak Terima BR1M 2.0

Yey baru lah dapat merasa duit BR1M 2.0 awal tahun depan nanti. Nasib baik aku layak terima bantuan sebab gaji aku tak lah banyak mana pun. Lagi pun aku masih belum berkahwin jadi kerajaan Malaysia memang faham betul dengan masalah rakyatnya. Masa Belanjawan 2013 hari tu syok tengok PM kita buat pembentangan dan masa dia umumkan yang orang bujang pun dapat bantuan BR1M ni aku memang suka sangat. Sebelum tu tengok dulu korang layak terima ke tidak :-

Syarat Kelayakan BR1M 2013

Bujang

Syarat kelayakan (bujang) : Anda mesti berstatus bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM250
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Isi Rumah

Syarat kelayakan (bekeluarga) : Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah
Jumlah Penerima : 4.3 juta isi rumah
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM500 (kekal seperti pada pusing pertama)
Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Duit bantuan BR1M 2.0 ni adalah lanjutan dari tahun sebelumnya, kalau sebelum ni hanya orang yang dah bekeluarga dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM3000 kebawah sebanyak RM500 kini orang bujang macam aku pun dapat tapi bantuan sebanyak RM250 untuk mereka yang bekerja dengan gaji minimum bawah RM2000. So kepada belia-belia negara yang berumur 21 tahun tu boleh la apply. Tapi bantuan ini tidak untuk mereka yang masih belajar di IPT sebab budak-budak IPT dah dapat bantuan voucher buku RM250.

Baguslah dapat bantuan BR1M ni at least boleh kurangkan sedikit bebanan hidup aku. Thanks lah kepada Kerajaan Malaysia sekali lagi sebab sangat prihatin dan sayang kepada rakyatnya. Borang BR1M 2.0 boleh di download online sekitar bulan Oktober ini jadi apply awal supaya boleh dapat awal tahun 2013 nanti. Yahooooo!!

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Politik and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *