Orang Kajang Memang Terbaik!

Jom Follow My NuffnangX

dalam Iklan oleh

dejtingsajter utomlands

site de rencontre algerien avec photo Rasanya dah ramai diantara blogger dah tahu tentang kewujudan sebuah laman portal komuniti yang dipanggil NuffnangX. Merupakan sebuah laman komuniti sosial blogger menggumpul dan berkongsi maklumat dari segenap pelusuk dunia. Sekarang ni kalau nak cari maklumat senang je selain dari Google korang boleh juga cuba search kat NuffnangX ni. Sebab carian dan kumpulan data yang disimpan di NuffnangX ni di ambil dari RSS Feed sesebuah blog itu sendiri. Pengguna boleh mengiktiraf blog masing-masing dengan melekatkan kod (Script) yang telah disediakan oleh pihak NuffnangX.

site de dating Hampir sebulan kot aku dah guna aplikasi NuffnangX ni dan ternyata sedikit sebanyak ianya membantu menaikkan lagi jumlah pembaca yang masuk ke dalam blog aku ini. Korang sendiri yang masih belum mencuba boleh daftar blog korang di laman portal berkenaan dan ianya adalah percuma. Menariknya NuffnangX ini selain boleh di layari melalui website, pengguna juga boleh mengakses melalui aplikasi di Smartphone. NuffnangX sendiri telah mereka cipta aplikasi yang sesuai untuk smartphone iOS (Apple Store) dan pengguna Android. Aplikasi ini juga diberikan secara percuma.

goth dating website

stel zoekt man in Breda Menariknya lagi NuffnangX ini, apabila korang telah mengiktiraf laman blog korang di website NuffnangX, sistem komen di blog korang akan terus menjadi kepada NuffnangX Conversations dimana fungsi bagi aku adalah fungsi komunikasi yang sangat efektif. Pembaca blog boleh terus komen di blog dan sekaligus akan disimpan di dalam sistem NuffnangX. Kita (blogger) pula boleh terus membalas komen berkenaan secara cepat dan pantas melalui aplikasi NuffnangX di Smartphone. Jadi tak ada lagi alasan untuk tidak membalas komen pembaca blog dan sebagai blogger kita boleh terus balas mesej pembaca dimana saja tak kira masa. Best kan?..

Terbaharu kini NuffnangX menyediakan hadiah lumayan kepada blogger dan pembaca yang mendaftar di laman mereka. Hadiah bermula dari USD 100 untuk 100 (Influential Bloggers yang mendapat 1000 followers) yang terawal, USD 500 untuk 50 (Aplha Bloggers yang mendapat 10,000 followers) terawal dan hadiah utama USD 10,000 (First Superblogger yang mendapat jumlah followers tertinggi sebanyak 100,000). Menarik bukan? jadi apa tunggu lagi.. aku sendiri dah ada 31 orang followers dan harap-harap sebelum tarikh tutup nanti boleh la dapat sekurang-kurangnya 200 followers.

So aku harap sangat korang daftar di NuffnangX dan berkomunitilah dengan hebat. Jangan lupa follow blog aku ni ye.. sayang korang.. Masih belum terlambat lagi ni.. jom follow aku kat sini http://www.nuffnangx.com/blog/J12222B

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

1 Comment

  1. […] Untuk post kali ni aku nak tunjuk kat korang fungsi Feed di Nuffnangx. Apakah sebenarnya fungsi ni ye? okey bagi pemahaman aku fungsi feed ni membolehkan pengguna Nuffnangx macam aku ni dok skodeng entry terbaru blog-blog yang aku dah follow. Korang boleh follow blog Mohdzaid.com kalau korang nak post terbaru aku keluar kat feed Nuffnangx korang. Cara-cara nak follow blog dan kehebatan follow mengfollow ni boleh usha kat sini http://www.mohdzaid.com/2012/10/01/jom-follow-my-nuffnangx.html. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Kembali Ke Atas