Salah Nombor


20120929-190033.jpg

Pernah tak korang tersalah dail nombor masa nak call orang? Mesti pernah kan? So kalau dah salah nombor tu apa lagi kekadang terus letak, kekadang kita minta maaf sebab dah tersalah dail.

Macam aku sendiri kerja kat bahagian customer service ni selalu gak tersalah dail nombor. Kekadang sampai 5-6 kali salah dail nombor yang sama sebab dalam sistem rekod nombor telefon tak update.

Ceritanya pagi tadi masa aku sedang mendodoikan anak buah aku tidur (dah la dia susah nak tidur), pastu tiba-tiba ada ringging kat telefon rumah. Dah tu telefon rumah memang set volume paling kuat sampai anak buah aku bangun tidor balik. Masa aku angkat call tu macam biasalah kan bagi ucapan salam. Ye lah rumah orang melayu kenalah bagi salam orang cakap greeting la gitu kan.

Angkat je call, tak pasal-pasal aku kena herdik dengan seorang makcik india ni. Terus darah aku naik membuak. Nasib baik tak pengsan sebab aku ada darah tinggi. Makcik india ni langsung tak bagi aku cakap dan terus memaki hamun macam orang gila.

“Hello.. Siapa nih? Mau cari gaduh kau ye, apa pasal kacau anak perempuan aku hah”. Kau mau mati ke?” Terus terdiam jap aku. Dalam fikiran memang sah makcik ni dah salah nombor. Bila masa pulak aku pernah kacau anak makcik ni kan.. “Hello auntie, awak sudah salah nombor lah” aku cakap balik kat dia.. “Ehh kau jangan main-main ye, aku kenal kau siapa aku sudah siasat”. Ehh makcik ni kemain pulak dia. Aku dengan rasa simpati terus letak ganggang sebab malas nak melayan makcik tu. Kesian gak kat dia siapalah yang dok kacau anak dia nih.

Tak lama lepas tu dia call balik dan maki hamun. Aku terus strees sebab anak buah aku dah tak nak tidur. Terus aku maki balik tapi dengan cara baik lah. “Hello makcik, awak sudah salah nombor, tolong cek balik nombor yang awak mau dail tu, ini nombor rumah orang baik, nombor rumah saya 03-9074***5. Cuba auntie cek balik” dengan nada yang sedikit tinggi. Lepas aku cakap macam tu baru makcik tu sedar dia dah tersalah dail nombor dan terus minta maaf kat aku berulang kali.

Aku stay cool je cakap kat makcik tu aku bersimpati apa yang terjadi kat keluarga dia. Dan dia terus minta maaf berkali-kali. Nasib baik lah aku jenis yang malas melayan kalau tak dah lama aku mengaku yang aku dah mainkan perasaan anak dia haha. Lagi lah dia berapikan.

Moral of the story kat sini, kalau nak call orang tu pastikan nombor yang nak di dail tu betul dan kalau salah sekali pun cuba jangan maki herdik orang tak tentu pasal. Lagi jangan permainkan orang yang dah tersalah dail tu kalau tak terima lah padahnya sendiri. Bagi anak makcik tu dan boyfriendnya kalau nak bercinta tu terus terang je kat auntie tu jangan sembunyi-sembunyi. Baru jadi keluarga bahagia.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Salah Nombor

  1. poruman says:

    hahaha.. aku byk kali kena pn mcm tu.. siap kena panggil sayang lg..

  2. Mohd Zaid says:

    poruman > haha yang panggil syg tu lain macam je..

  3. Do you have a spam issue on this site; I also am a blogger, and I was wondering your situation; we
    have developed some nice procedures and we are looking to exchange techniques with others, why not shoot me
    an email if interested.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *