Orang Kajang Memang Terbaik!

Mulia Sangat Ke Perempuan Ni?

dalam Macam-Macam oleh

fake dating site Sekadar Gambar Hiasan - Sumber Google

date online for free Baca email dari seorang insan yang mulia bernama Pn. Zanzila ni dulu..

dating sider guide Assalamualaikum,

women seeking men in Gold Coast Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.

Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum ini.

Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.

Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang lain yang memerlukan bantuan juga.Ini juga adalah permintaan arwah suami saya sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak 2 juta sterling pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya.Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya.

Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih dahulu.

Yang Benar

Pn. Zanzila binti Hashim
From: Malaysia
My Email: hashimbt1992@hotmail.com

 

Apa perasaan korang bila korang baca email yang aku dapat tu? sedih? kesian? sebenarnya ini adalah email dari Spam box yang baru aku dapat. Mula-mula baca memang macam kesian dan rasa macam nak tolong je dia, bukan sebab aku nak sangat duit dia tapi nak tolong panjatkan hasrat dia nak bantu orang yang kena barah sama macam dia di Persatuan Barah Malaysia. Tapi bila aku fikir balik ini sebenarnya adalah email Scam yang boleh buat orang ramai percaya dan sebaliknya nanti jadi mangsa penipuan.

Sebelum ni banyak je email yang aku dapat seakan-akan email Pn. Zanzila ni tapi dalam format bahasa inggeris tapi sekarang ni diorang dah pandai translate ke bahasa melayu pulak. Mungkin diorang ingat orang melayu senang nak kena tipu kot?..

Sorry to say lah.. aku memang totally 100% tak percaya email macam ni. Kalau si Pn Zanzila tu baca blog aku ni pergilah cari orang lain jangan suruh aku uruskan duit kau tu. Takut nanti aku tak amanah dan terpakai duit 2 juta sterling pound tu susah pulak kang haha..

So kepada sesiapa yang dapat email macam ni.. silalah fikir 2-3 atau 4-5 kali sebelum anda tertipu dan ditipu.. sekadar peringatan kepada semua.. TQ sebab sudi baca.. 🙂

PS : Tolong jangan gunakan nama Allah kalau nak menipu.. nanti terimalah balasannya kelak..

site de cam live *Gambar di atas sekadar gambar hiasan.. credit Google.

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

11 Comments

  1. Sejak dua tahun lepas diorang dah mula tukar modus operandi menggunakan bahasa melayu untuk melakukan tipu daya seperti ini. Mungkin sebab ramai dah penggiat-penggiat scam ni dah berhijrah ke malaysia kot, so mudah untuk mereka upah jurubahasa untuk tujuan sebegini.

  2. mula2 baca terasa macam simpati tapi bila ada perkataan pound sterlig je terus terintas difikiran..umphh memang macam emel bahasa inggeris yg banyak masuk spam box emel aku..hati2lah..jangan kerana terasa tamak kita yg terkena

  3. hazman aka species1980 > bro diorang ni memang ada macam2 idea nak tipu orang ramai.. orang ramai kena sentiasa berhati2 bila dapat email macam ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Placeholder

Rejab dan Salah Faham.

Sebenarnya tidak terdapat dalil-dalil yang menentukan kelebihan bulan ini. Justeru, dapatlah diringkaskan
Kembali Ke Atas