Kecewa Dengan Burger Bakar Abang Burn

20120921-233935.jpg

Hari ni tergerak rasanya nak makan Burger Bakar dan tempat paling dekat dengan rumah aku adalah di Burger Bakar Abang Burn di Ramal Food Junction Kajang. Ini sebenarnya first time aku makan burger bakar sejak dah lama diperkenalkan di Malaysia.

Ok nak jadikan cerita, aku sampai kat Ramal Food Junction ni lebih kurang jam 9.40 malam dan sampai je terus ke kedai Abang Burn nak order burger. Masa aku beratur tu tak lah berapa ramai sangat orang. Sistem order di Ramal Food ni kita kena pergi kat gerai dan berikan nombor meja. Ok yang ni aku memang tahu sebab aku selalu pergi sini makan Sate Willy. Lepas order 2 burger daging dan 1 burger ayam, ketiga-tiganya ada topup cheese. Perempuan yang ambik order burger burn aku tu minta nombor meja. Ok aku cakap nombor meja aku nombor 62.

Hampir satu jam aku tunggu burger yang aku order tak sampai-sampai. Pelik juga orang yang order di belakang aku dah licin makan. Aku masih tak dapat burger yang digembar-gembur sesedap sangat tuh. Aku perasan gak tukang hantar burger tu dok tercari-cari meja. Yang peliknya si penghantar burger tu cari kat area kedai dia je tak pula nak cari meja aku yang betul-betul depan pintu gerbang masuk Ramal Junction ni.

Akibat rasa tak sedap hati aku pun pergi balik kat kaunter dan tanya kalau burger aku dah siap ke belum. Sadisnya burger bakar aku dah terkulai layu kat atas meja kaunter tu dengan dah sejuk dan cheese pun dah mengeras. Bila aku tanya kak mana burger saya? Memasing baru terhegeh-hegeh cari order. Rupanya burger aku diorang tak dapat cari meja dan biarkan je sejuk kat kaunter.

Hello aku beli tau bukan percuma. Kalau service macam ni rasanya ni first dan last la aku makan burger bakar Abang Burn ni. Alasan si penghantar burger tu cakap dia tak jumpa meja aku. Sebab meja dah beralih tempat. Itu salah aku ke? Sebab aku datang meja tu memang dah terletak kat situ dan aku terus duduk. At least kalau tak dapat cari dengan mata, mulut kan ada? Tak boleh ke panggil atau jerit “meja 62”.

So aku harap abang burn ambik iktibar dari kes aku ni untuk memantau dan memperbaiki service dan mutu kesedapan burger bakarnya. Kalau dah sejuk burgernya tu bukan nama burger bakar lagi. Tu dah jadi burger kejung..

Serius aku dah tak ada hati nak makan kat sini kalau service diorang masih lemah. Harap pihak Burger Bakar Abang Burn dapat komen blog aku ni. Sekian terima kasih.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Kecewa Dengan Burger Bakar Abang Burn

  1. Mohd Zaid Othman says:

    Wahh bestnya ada adik yg rajin hihi. Tak pe nanti bole saya minta dia tolong masak hihi

  2. Nina Skutik A F says:

    boleh je. dia mmg suka masak. nak besar mana pun leh gitau dia. ?

  3. Pingback: Feedback Aduan – Burger Bakar Abang Burn | Mohdzaid.com | Aku Cuma Insan Biasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *