Teksi KL 99.99% Cekik Darah

20120906-185617.jpgAku bukan lah seorang yang selalu naik kenderaan awam seperti bus, monorail, teksi, LRT dan sebagainya. Baru-baru ni aku dah tak ada jalan lain untuk ke satu destinasi cuma teksi lah harapan yang ada.

Kejadian berlaku jam 6.30 pagi dimana aku berada di Jalan Imbi dan nak ke Pudu Raya Sentral. Kalau nak diikutkan ada je perkhidmatan Monorail dan LRT ke Pudu Raya tapi disebabkan nak kejar masa takut ketinggalan bus aku dan keluarga terpaksa ambik teksi KL.

Aku sememangnya jarang sekali naik teksi rasanya dan hampir 10 tahun kot tak naik teksi ni. Sejajar dengan saranan kerajaan supaya naiklah pengangkutan awam supaya jalan tak jam jadi aku pun sahut saranan tu. Cuma 5-10 minit je perjalanan dari Jalan Imbi ke Pudu Raya dan alangkah terkejutnya apabila teksi yang aku naik tu tidak bermeter dan mengenakan caj sebanyak RM15. Adakah caj berkenaan berbaloi dengan kos minyak dan perkhidmatan teksi tu yang cuma 10 minit perjalanan?

Ok lah mungkin salah aku juga sebab tak cari teksi lain. Sebab kat KL ni melambak teksi dan hampir 40 ribu teksi diserata tempat. Hari yang sama tapi waktu jam 11.30 malam aku di Pudu Raya Sentral ingin ke Jalan imbi pula.

Cari punya cari dapatlah satu teksi ni dia caj RM10. Pun tidak bermeter. So aku tak puas hati aku cari teksi lain pun sama caj RM10. Rasanya adalah dekat 10 buah teksi aku tahan semua tidak menggunakan meter dan caj adalah sama RM10. Alasan pemandu teksi sebab dah malam dan susah cari pelanggan lain.

Adakah itu faktor pemandu teksi nak makan duit lebih? Mentang-mentang lah aku ni tak pandai pilih teksi dan jarang naik mereka sewenang-wenangnya naikkan harga.

Aku rasa malu juga macam manalah kalau ada pelancong asing yang nak naik teksi mesti pemandu teksi ni naik 3-4 kali ganda harga kot. Cukuplah lepas ni aku tak nak naik teksi di KL lagi. Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

Aku harap sangat supaya pihak berwajib macam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau sesiapa sajalah dapat buat pemantauan harga tambang teksi ni. Agak pelik hampir kesemua teksi yang aku tahan semua tidak menggunakan meter perjalanan.

So aku rasa memang sesuai aku lebelkan yang teksi KL ni 99.99 peratus macam gampang dan tidak perperikemanusiaan.

PS : Baru-baru ni kerajaan Malaysia dah lancarkan bus percuma dipanggil bus GO KL. Harap perkhidmatan bus percuma ni diperluaskan lagi ke seluruh Kuala Lumpur. Lepas ni teksi KL lagi menggelupur tak boleh cari makan.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to Teksi KL 99.99% Cekik Darah

  1. Memang cenggitu la bro kebanyakannya….. diorang sanggup tak amik kita padahal akan lalu jalan yang sama….

  2. Lyla Ibrahim says:

    Saya sanggup bersesak naik monorail dan LRT daripada menaiki teksi yang suka mencekik duit pengguna!

  3. Zackry says:

    teksi KL memang cekik darah.. saya dah serik naik..

  4. Mohd Zaid says:

    hazman aka species1980 > mungkin pemandu teksi ni anggap org KL kaya2 kot.. tapi memang tak patut harga diorang caj melampau-lampau kan..

  5. Mohd Zaid says:

    Lyla Ibrahim > mmg pada awalnya nak naik monorail dan lrt je tapi masa tu bawa orang tua dan baby tu yg tak de cara lain selain naik teksi 🙁

  6. Mohd Zaid says:

    Zackry > ramai juga ya yang mengalami masalah macam saya ni..

  7. KiD says:

    teksi takde meter… ambik number plate.. kasi report..

  8. Mohd Zaid says:

    KiD > hari tu nak cepat bro tak sempat ambik no plate.. next time saya akan berhati2..

  9. matjoe says:

    zaid, bro blajau naik moto, aman dunia, segala macam mudah

  10. hatiputera says:

    masalah ini memang biasa berlaku di bandar besar. Diaorang pandai ambil kesempatan terhadap orang yang kurang biasa menggunakan teksi.

  11. helgaindra says:

    wah mahal kali charge taksi nya
    zaid sabtu esok saya nak cuti ke KL
    bisa jumpa tak?

  12. Mohd Zaid says:

    matjoe > bro memang selalu pun naik moto je nak kemana kat kl ni cuma hari tu terpaksa naik teksi.. sekali ambik kau diorang caj cekik darah haha..

  13. Mohd Zaid says:

    hatiputera > betul tu.. org macam saya ni memang jarang naik teksi.. tu yang diorang ambil kesempatan

  14. Mohd Zaid says:

    helgaindra > helga kalau ke KL kana hati-hati bila mau naik teksi.. pastikan ada meter baru naik ya 🙂

  15. orangbiasa says:

    Baru kena over caj yang tak masuk akal tadi dari taxi driver di kl lepas pukul 12am. RM 44 dari KL Sentral Ke Ampang (15 minit drive). Pilihan apa lagi untuk public transport pada lepas pukul 12 mlm lrt pun dah tutup. Pihak berkuasa patut ambik tindakan sewajarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *