Orang Kajang Memang Terbaik!

Percutian Ke Legoland Malaysia

dalam Percutian oleh

siti di incontro per single

dejtingsajter i sverige Since blog aku ni ramai orang masuk untuk cari tempat pelancongan, rasanya tak salah kalau aku promosikan juga Legoland Malaysia iaitu salah satu tarikan pelancong yang bakal buka 15 September 2012 nanti. Malaysia kini maju setapak lagi dengan adanya Legoland pertama dan terbesar di Asia. Syukurlah orang-orang Johor especially anak muda (Gen Y) boleh cari makan kat tanah kelahiran mereka sendiri.

dame sΓΈker mann i Drammen

site de rencontre riche et beau Hari ini 1 September 2012 aku berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman bercuti ke Legoland atas jemputan dari Legoland sendiri. Nak ucap terima kasih kat adik aku UzairOthman.com sebab dialah yang dapat invite ni dan boleh bawa keluarga sekali. Hari ini adalah hari Opening Preview Legoland Malaysia dimana Media, Bloggers, dan keluarga para sponsors merasai sendiri kehebatan dan keunikan yang ada di Legoland Malaysia.

free date site in canada Untuk pengetahuan semua tiket masuk Legoland Malaysia terletak di Iskandar Malaysia, Nusajaya Johor. Sebanyak 40 tarikan dan permainan yang disediakan untuk para pengunjung disini. Legoland Malaysia memakan belanja sebanyak RM720 million ringgit termasuk water theme park yang bakal beroperasi pada 2013 nanti. Lagoland Malaysia juga bakal mencipta sejarah dengan terbinanya The Legoland Hotel yang memakan belanja sebanyak RM190 million dan bakal dibuka tidak lama lagi.

Harga tiket masuk Legoland Malaysia adalah RM140 untuk umur 12-59 tahun, RM110 untuk umur 3-11 tahun dan 60 keatas. Mereka juga menyediakan Annual Pass kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM275-RM210. Kalau beli annual pass ni boleh la main tiap-tiap hari dalam masa setahun.

Lihatlah betapa telitinya Lego bricks ini di cantumkan dan menjadi sebuah figura maskot Mario.

Babu jugal roti pun ada.. setiap figura manusia disini boleh bercakap tau.. diorang dah record la so bila ada orang lalu kat situ figura ni akan cakap atau nyanyi.. best..

Ni pulak figura pakcik tidur.. haha pepandai je aku letak nama kan.. bila korang duduk sebelah pakcik ni nanti ada sound yang pakcik ni tengah tidur dan berdengkur.. kelakar.. Terdapat banyak aktiviti menarik didalam Legoland ni antaranya Miniland, Lego City, Lego Technic, Lego Kingdom, Imagination dan Land Of Adventure. Kat bawah ni adalah gambar-gambar dibahagian Miniland yang merupakan taman Lego mini paling cantik yang pernah aku tengok. Tak sangka sebenarnya yang buat Miniland ni adalah orang Malaysia sendiri.

Disebabkan terlalu banyak gambar yang aku ambik masa kat Legoland Malaysia ni. Jadi aku bahagikan kepada beberapa part dalam blog ni. So nak tau lagi tunggu part seterusnya.. πŸ™‚

 

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

37 Comments

  1. ada terdengar hari tu tentang legoland ni..tapi bro cakap themepark siap 2013 ek..so, tunggu 2013 je la baru pegi..anak pun dah besar ckit time tu.hehe

  2. Wah……. ni yg buat rasa xsabar nak pergi ni.
    Dapat offer free tix dr kawan, tapi xdapat nak pergi. Rasa rugi pula.
    Xpe, tunggu 2013 bila water park dah siap hehe
    Tak sabar nak tunggu part yang seterusnya.

    Cantiknya gambar. Pakai kamera apa?

  3. sharinginfoz > harga tiket mmg agak mahal sikit bro.. macam tak berbaloi pun ada gak… tunggu la kalau ada promotion or ada sponsor yang nak bagi tiket free lagi..

  4. hafiz > theme park akan buka 15 sep nanti. cuma yang water theme park bukak 2013.. sekarang ni pun ada banyak lagi pembangunan diorang buat kat sini.. ok gak tu tunggu dulu 2013 baru pergi.. lagi best..

  5. wah bila nak dapat tiket free ni.. rasanya baik beli anual pass tu sebab kalau ada saudara mara nak gi boleh pinjamkan pass tu.. hehehe

  6. myvitrd > rasanya tak boleh kot nak pinjamkan annual pass tu pada orang lain sebab kat pass tu ada gambar kita sendiri yang akan diambil dan dicetak pada kad annual. melainkan kalau muka bro tu seiras dengan sedara bro mungkin bole kot..

  7. adik Sya suggest beli annual pass je. so if ada sesiapa nak pergi, kita boleh lah join sekali. hehe… rasanya warga Johor better beli annual pass je. Lagi untung πŸ˜€

  8. puanbee > kak bee.. harga memang terpesona kak.. ntah la nak cakap berbaloi ke tak pun susah.. tapi kalau ada masa akak pegi la bawa anak2 kesana bermain.. πŸ™‚

  9. Zaid nak minta izin ambik gambar sikit.. nak letak dalam blog…rnNak try contest maybank..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Kembali Ke Atas