Orang Kajang Memang Terbaik!

Percutian Ke Legoland Malaysia – Part 2

dalam Percutian oleh

cherche femme riche Berikut adalah entry sambungan dari Percutian Ke Legoland Malaysia. Untuk pengetahuan semua memang banyak model-model Lego yang dipamerkan dalam taman tema Legoland ni. Hampir 50 juta bongkah Lego yang mereka gunakan untuk menyiapkan model-model tersebut. Memang satu pekara yang sangat membanggakan betul tak? hasil dan kekemasan pada model Lego ni bagi aku adalah yang terbaik walaupun aku tak pernah pergi kemana-mana Legoland diluar Malaysia sebelum ni. Tahniah lah Malaysia menjadi taman tema Legoland ke 6 dan pertama di Asia.

Model Lego dihadapan Big Shop dimana kedai ini menjual barang-barang cendera hati dan bongkah Lego untuk koleksi pengunjung. Anak buah aku Alia dan kakak aku bergambar dihadapan kedai Big Shop ni.

Model Lego menaiki sampan di taman tema Legoland Malaysia

Model Lego penyelam dasar laut. Ramai yang tanya kat aku macam mana diorang jaga model Lego ni. Adakah ianya tahan panas dan hujan. Ntah lah aku pun tak tahu.. nanti kena tanya orang yang buat Legoland ni sendiri.

Model Albert Einstein berhampiran LEGO Academy di LEGO Technic, Legoland Malaysia. Dari jauh memang nampak sebiji macam Albert Einstein kalau dari dekat pun nampak seakan-akan sama. Berapa agaknya bongkah Lego dan masa yang diorang ambil untuk buat model ni kan.. ermmm

Ini dihadapan permainan Project X. Permainan ni boleh naik 4 orang dalam satu kereta tu. Memang tinggi dan laju tau. Best sangat dapat main permainan ni..

Gambar masa aku naik Project X hahaha cuak giler sampai tutup mata.. best tau..

Ini pulak permainan Aquazone Wave Racers. Best gak main game ni dan paling best game ni boleh buat korang basah sikit. Sebab orang ramai boleh tekan butang bom air dan tempak air kat korang haha.. Kalau pandai kawal ok la tak lah basah sangat kalau tak pandai kawal tu yang basah lenjun nanti.

Dibahagian Lego Kingdom pulak boleh main roller coster dipanggil The Dragon. Kat sini ada 2 roller coaster satu yang kecik dan satu besar sikit. Kalau datang ke Legoland Malaysia pastikan korang main roller coster diorang ni. Memang mencabar dan terbaik. Ala tak lah takut sangat pun biasa-biasa je.. hihi..

Yang ni roller coaster The Dragon yang besar tu.. memang cuak tapi best..

Castle Stage sebuah bangunan tersergam indah. Dah rasa macam ada dalam filem je.

Model Lego di Castle Stage.

Model betul pun ada.. rasanya nanti bila dah pembukan rasmi mesti lagi banyak show dan model yang diorang letak kat sini.

Model Lego di Castle Stage, The Kingdom.

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

5 Comments

  1. LabiLabi > harga masuk RM140 utk info penuh leh masuk website diorang kat legoland.my permainan ada 40 jenis.. dan akan tambah dari masa kesemasa..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Kembali Ke Atas