AXE Anarchy Island Getaway

Hoyey!! memang seronok bercinta ni kan.. maklumlah bila bercinta semuanya bagaikan kita yang punya. Buat salah pun jadi betul maklumlah tengah hot bercintalah katakan. Kalau nak kekal bahagia bercinta sehingga ke jinjang pelamin, setiap pasangan tu perlulah saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Berikut gambar kat atas tu adalah beberapa situasi untuk pikat awek. Haha memang susah sebenarnya nak pikat awek ni lebih-lebih lagi orang macam aku ni yang jenis pemalu. Dalam hati nak cari awek yang comel dan cantik tapi aku sendiri tak hensem tak macho haha.. tak pe aku sebenarnya ada cara untuk pikat awek ni. Nanti aku bagi tau caranya. Tapi sebelum itu aku nak kepoh sikit kalau nak cari awek ni kenalah yang pandai memasak, pandai kemas rumah, pandai jaga hati orang tua, kena lah pandai segalanya. Alang-alang dah cari awek tu kira cari sekali lah bakal isteri betul tak?.. jangan cari yang cantik je tapi pemalas haha..

Situasi gambar yang aku lukis kat atas tu adalah situasi dimana aku tengah try usha awek-awek mengikut kategori haha.. pepandai je aku ni kan.. ala saja suka-suka je.. sebenarnya memang susah nak pikat awek ni.. kalau tak pandai ayat-ayat romantik lagilah susah. Sebab perempuan ni kekadang nak bermanja-manja dengan kekasih dia.. macam aku ni susah la sikit sebab aku bukan lelaki romantik.

Mudah saja sebenarnya.. tak perlu pun ayat-ayat jiwang pun untuk pikat si dia.. cuma .. ok tengok sketsa ni pulak..

Yessss!! sudah terjawab kan apa rahsia percintaan aku dengan si dia sekarang ni.. tak perlu nak jiwang-jiwang pun. Tak perlu nak segak dan bina badan ketul-ketul.. cuma pakai wangian AXE je.. tak caya? ok kalau tak percaya korang cuba lah try sendiri tengok macam mana. Boleh dikatakan 99.99% lelaki yang memakai wangian AXE ni berjaya pikat awek yang diorang nak.. haha.. tapi semua tu datangnya dari Nya jugak.. segalanya boleh berlaku asalkan korang berusaha dengan ikhlas dan sentiasa berdoa supaya dapat jodoh yang baik-baik

Ya inilah rahsianya saya kekal bahagia dengan awek saya sekarang.. hihi.. dua jenis wangian deodorant iaitu AXE Provoke Deodorant Body Spray (Warna Purple) dan yang terbaru AXE Anarchy NEW (Warna Biru). Sekali pakai bau wangi sampai kemalam.. memang wangi dan hati wanita pun akan lembut bila bau lelaki yang wangi ni. Berikut aku nak share beberapa tips yang aku nak kongsi kepada korang semua. Tips-tips ni jugak aku guna pakai untuk pikat awek aku tau…. πŸ™‚ so kepada yang tengah tercari-cari tips tu boleh la try tips yang aku bagi ni..

TIPS PIKAT WANITA 1

TIPS PIKAT WANITA 2

Okey rasanya cukup sampai disini saja cerita aku pikat awek aku cam ne. Sebenarnya post ini adalah bertujuan untuk aku menang contestΒ AXE Anarchy Island Getaway di blog Nuffnang. Hadiahnya sangatlah lumayan all-expense paid 4 Days 3 Nights trip dan 10 consolation prizes consisting of 1 year worth of AXE products worth RM200!. Siapa yang taknak kan?.. so aku mencuba nasib harap-harap menang lah hadiah utama. πŸ™‚ so kawan-kawan doakan aku berjaya menang contest ini dan berjaya pikat awek aku sampai ke jinjang pelamin hendaknya. Amin..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Iklan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to AXE Anarchy Island Getaway

  1. alice says:

    Hahahaha…..teringat sorg member aku ni…dia suka bau ketiak lelaki…LOL

  2. sha says:

    inisiatif yg baik…good effort kate omputih…. good luck zaid

    selamat hari raya …maaf zahir batin….

  3. kak ina kl says:

    salam aidil fitri zaid..wah ada bakat lukis kartunlah
    semuga berjaya yer

  4. sensasi2020 says:

    Selamat berjaya buat anda,
    Apa yang terbaik mestilah berusaha,
    Usaha tangga kejayaan selagi bernyawa,
    Itulah yang sebaiknya patut dicuba.

    Selamat berjaya dlm contest yg anda ambil bahagian.

  5. Mohd Zaid says:

    Alice > eeee yacckkkhh hihi siapa alice?

  6. Mohd Zaid says:

    Sha > salam kak sha.. Thanks ye sudi baca.. Doakan zaid menang ye

  7. Mohd Zaid says:

    Kak ina > salam kak.. Thanks sudi baca komik zaid ni.. Zaid buat guna microsoft excel je sbb laptop zaid tak ada photoshop. Tu pun lukis guna kotak2 sedia ada kat excel. Insyaallah zaid nak belajar dan rajin lukis lagi.. Praktis makes perfect bak kata omputih hihi

  8. Perghhhh…. GOOD LUCK BRO…. nanti kalu menang nak kirim baju T SHIRT buat souvenir yea….

  9. KiD says:

    hahahahaha… hebat laaa entry kartun ni.. all the best bro.. tersenyum aku membacanya

  10. hahah entry cartoon gak! all the best for the competition!

    tehtarikmemoirs.com

  11. Mohd Zaid says:

    sensasi2020 > terima kasih πŸ™‚

  12. Mohd Zaid says:

    hazman aka species1980 > thanks bro baca.. kalau menang insyaallah.. πŸ™‚

  13. Mohd Zaid says:

    KiD > thanks bro KiD.. sekadar mencuba nasib je.. kalau menang alhamdulillah kalau kalah pun masih bersyukur sebab ada gak org baca .. hihi..

  14. Mohd Zaid says:

    Teh Tarik Drinker > hoho actually nak buat cartoon dah lama.. cuma tak ada masa.. kebetulan ada yg lain pun buat cartoon hihi.. tak pe bro.. i cuba je.. btw bro punya entry n video memang terbaik.. good luck ya.. πŸ™‚ i like your Gangnam Style πŸ˜›

  15. Mohd Zaid says:

    Syarih > mmg ramai tv dan media semalam buat liputan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *