Buku Belajar Jawi Bersalib

20120829-103237.jpg
20120829-105123.jpg

Buku ini adalah buku yang baru anak buah aku beli. Masa beli dalam plastik lagi so tak dapat la nak belek-belek dulu baru beli. Niat nak biar anak buah aku belajar pandai walaupun dia belum pandai membaca dan mengeja. Sampai rumah kita orang macam biasa letak buku ni kat atas meja study anak buah aku. So dia pun main la buku tu belek sana belek sini. Semalam waktu aku jaga dia aku pun tengok-tengok lah buku yang dia baca ni. Bagus lah ada dwi bahasa, ada ejaan rumi, jawi siap ada gambar so budak-budak kecik boleh paham.

20120829-103640.jpg

20120829-103748.jpg

20120829-103754.jpg

20120829-103806.jpg

Tengok dari luaran macam buku agama islam untuk budak-budak belajar alif ba tak tapi sampai kat Sad tertera gambar dan perkataan Salib. Aku pasti yang buku kanak-kanak ni bukan orang Islam yang buat. Kalau orang islam tak akan letak simbol dan perkataan Salib tu. Aku bukanlah marah kat pengedar dan pencetak buku ni tapi dalam banyak-banyak perkataan kenapa nak jelaskan yang Sad itu adalah Salib.. Banyak lagi perkataan boleh diterangkan.. Rasanya ini agak sensetif bagi aku dan keluarga sebab ianya melibatkan agama.

So aku rasa amat tak sesuailah buku “My Little Board Book – Belajar Jawi” dari syarikat Ladybug ni untuk anak buah aku. Lepas ni terpaksa simpan dan next time sebelum beli kena belek dulu takut ada pekara-pekara yang sensetif ada dalam buku tu. Tapi susah gak pemilik kedai dah siap bungkus dalam plastik. Tak pe lah.. Aku share kat blog aku dulu supaya orang lain tak terbeli buku yang sama.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

12 Responses to Buku Belajar Jawi Bersalib

  1. dakosue says:

    zaid baik bagi kat jakim sepatutnya mmg x blh org yahudi nak sesatkan org islam mcm ni la x baik utk bdk2 sbb dia org cepat igt benda2 mcm ni pengaruh lambang salib tu mmg blh tglkan kesan kat otak lg2 bdk2

  2. matjoe says:

    susu boleh, sotong pun boleh. tapi nak salib jugak, mmg sengaja tu..

  3. Myvitrd says:

    huhu.. macam mana boleh terlepas pandang ni ye.. tak patut dia ambil contoh salib.. kan boleh bagi contoh macam sotong ke.. sayur ke.. memang ada agenda juga ni…

  4. Bean Moreno says:

    mat joe – susu bukan ‘sad’ tapi ‘sin’ tapi depa boleh je letak sahabat 😉

  5. Mohd Zaid says:

    Matjoe > betul tu bro. Banyak lagi perkataan utk terangkan

  6. Mohd Zaid says:

    Myvitrd > aku harap jakim jais buat pemantauan kat syarikan penerbitan ni. Takut ada banyak lagi buku terpesong akidah yg diorang terbit

  7. Mohd Zaid says:

    Bean > mmg banyak lagi perkataan lain. Tapi tu lah salib gak yg diorang nak letak kan

  8. KiD says:

    sod – solat.. ermm… adu kat PPIM eh

  9. Mohd Zaid says:

    dakosue > sue boleh ke kalau bagi kat Jakim? aku tak tau la macam mana nak pulangkan?

  10. Mohd Zaid says:

    KiD > betul tu bro.. Sod bole pakai utk terangkan Solat .. cam ne ye nak adu kat PPIM ?

  11. Very good write-up. I absolutely love this site. Thanks!

  12. Wonderful post! We will be linking to this particularly great content on our site.
    Keep up the good writing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *