The Need for Speed with Michelin Pilot Experience

Kat bawah ni adalah gambar kereta aku… tak lah selaju mana pun tapi cukup untuk bawa aku kehulu-kehilir sampai sekarang. Masuk tahun ni dah 6 tahun aku pakai kereta ni dan satu pekara yang buat aku suka bawak kereta adalah sebab aku pakai tayar Michelin. Kenapa? tayar Michelin ni tahan lama, tahan lasak, tahan cuaca, berbeza dengan tayar-tayar berjenama yang lain. Sebab tu sampai kehari ni aku masih lagi setia dengan tayar Michelin.. selain tahan segalanya tayar ni juga buat pemanduan kenderaan jalan dengan lancar dan hebat. Siapa kata kalau beli kereta murah tak boleh bawak sehebat kereta mahal… tukar je kepada tayar Michelin dan rasai sendiri.

Aku ni sebenarnya memang suka bawa kereta laju-laju kat jalan raya, bukan sebab tak sayang nyawa tapi aku suka rasai detik-detik cemas dan hebat rasa macam bawa kapal terbang pulak kan.. haha.. pernah sekali pengalaman mengerikan aku bila bawa kereta dengan kelajuan 130 km/h dan hilang kawalan bila kenderaan hadapan break kecemasan. Masa tu hanya tuhan je yang tahu macam mana perasaan aku. Sebenarnya bawa kereta laju-laju kat jalan raya memanglah tak baik lagilah kalau bawa keluarga sekali. Kang tak pasal-pasal kemalangan pulak.. siapa yang susah. Sebab tu lah kalau nak bawa laju ni kena ada teknik yang betul. Kalau boleh pergi litar dan tunjuk hebat kat sana.

Aku teringin sangat nak bawa kereta yang best dan yang paling penting ianya mestilah laju giler. Nasib baik sekarang ni ada contest kat blog Nuffnang Drive your Dreams with the Michelin Pilot Experience kalau menang boleh tengok sendiri belakang tabir dan cuba bawa sendiri kereta Formula Michelin, Renault Clio, Citroen C2 Rally dan Formula 2 Seater. Siapa yang tak nak kan rasai pengalaman sekali dalam seumur hidup ni. Aku berharap sangat aku memang contest ni. At least aku boleh tunjukkan bakat aku dan lepaskan rasa ketakutan rasa geram rasa nak bawa kereta laju-laju kat sini.

Apa yang aku akan dapat bila join contest ni?

The Prize

  1. 2 single tickets up-for-grabs
  2. 2 nights stay at luxurious 5-star Intercontinental  Hotel Kuala Lumpur Premiere Room with breakfast included.
  3. Full day entry at the exclusive Michelin Pilot Experience.
  4. Get behind the wheels to all the amazing cars like the Formula Michelin, Renault Clio, Citroen C2 Rally, and Formula 2 Seater.
  5. Mingle with other motoring junkies.
  6. Commemorate your experience with photographs.

RM 6000 worth of memories and experiences that even more money cannot buy!

Yess!! memang hebatkan hadiah yang ditawarkan.. so aku harap Nuffnang dan Michelin akan pilih aku menang. Aku janji lepas ni tak bawa kereta laju kat jalan raya lagi tapi bagi aku peluang lepas geram kat Litar Sepang masa Michelin Pilot Experience nanti.. :)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com