Ingat Hari Jadi Ingat Hari Mati


20120823-181025.jpg

Ketinggalan zaman tul aku ni. Panik jap 2-3 hari ni sebab lesen memandu akan mati (tamat tempoh). Menggagau jap cari Pejabat Pos untuk buat renew lesen. Dah lah 2-3 hari ni semua pejabat tutup sebab raya. Dari semalam tak dapat tidur tenang sebab takut bawak kereta dan motor kat jalan raya. Sekarang ni Polis kan tengah buat OP Selamat takut lah kena tahan ke apa. Tak pasal-pasal kang kena bayar saman pulak.

Pagi tadi awal lagi dah pergi Pejabat Pos sebab takut ramai orang. Tekan nombor rupanya tak ada orang pun, sekejap je beratur. Bila sampai kaunter macam biasa cakap kat akak kaunter tu nak buat renew lesen. So akak tu cakap sekarang ni renew akan ikut tarikh lahir dek. Aku macam blur jap apa akak tu cakap. Tapi nasib baik aku ni cepat pickup. Akak tu cakap lesen adik ni masih laku dan boleh bawa kenderaan. Sekarang ni bermula November tahun lepas, lesen memandu yang tamat tempoh bila renew akan ikut taikh lahir kita.

So lepas ni senang lah nak ingat. Ingat tarikh lahir ingat tarikh hari nak mampos haha.. Bukan nak mati tapi lesen yang mati. So lepas ni kepada yang baru nak renew lesen memandu tu jangan panik pulak. Sebab benda ni dah termaktub dalam akta.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Ingat Hari Jadi Ingat Hari Mati

  1. JMR says:

    tp banyak gk kes org mati pada hari lahirnya..hehehe

  2. Nieda says:

    Baru tahu info ni.

  3. Mohd Zaid says:

    JMR > betul tu bro.. Kes arwah bapak sy plak meninggal dunia 3 hari lepas birthday dia. Al-fatihah

  4. Mohd Zaid says:

    Nieda > sharing is caring. Saya pun baru tau sebenarnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *