Masih Dapat Duit Raya?

Macam tak percaya je dikala usia 28 tahun masih dapat duit raya. Tahun ni tak lah banyak sangat duit raya yang aku dapat tapi dalam kemeriahan Aidilfitri pakcik-makcik aku masih tak lupakan anak-anak buahnya yang dah besar panjang ni. Tahun ni dikira balik hari raya pertama aku dapat collection duit raya sebanyak RM73.00 ini baru makcik-pakcik aku yang bagi tu pun ramai lagi yang tak dapat bersua. Alhamdulillah murah rezeki diorang sampai boleh bagi sumbangan duit raya.

Sebenarnya bagi duit raya ni bukan lah satu pekara yang wajib dilakukan bila tibanya Aidilfitri tapi cumalah sekadar suka-suka dan niat untuk bersedekah jika ada rezeki berlebihan. Ada keluarga yang bagi duit raya untuk anak-anak kecil je ada pula bagi untuk orang dewasa macam aku ni. Ikutlah rezeki masing-masing mana yang mampu tu bagi. Niat asal bukanlah nak kumpul duit raya pun sebab aku ni pun dah besau panjang. Malu juga kekadang bila salam mohon kemaafan disamping terima duit raya. Rezeki jangan ditolak kan.. hulur berisi pun aku sebat gak haha..

Thanks sesangat kat makcik-pakcik aku sebab tiap-tiap tahun bagi duit raya. Nilai matawang tak penting asalkan kita dapat berjumpa, bergembira, berziarah dan bermaaf-maafkan dihari yang mulia ni kan.. 🙂

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *