Iftar DiGi Untuk DiGi Super Bloggers

Semalam meriah sakan pergi berbuka puasa kat Café Marmalade, Bangsar Village II sebab dapat jemputan terhormat dari Nuffnang dan DiGi bagi meraikan bulan Ramadan bersama-sama DiGi Super Bloggers yang lain. Orang cakap rezeki manusia siapa yang tahu, ya memang betul kata pepatah tu sebab rezeki aku semalam menang hadiah-hadiah dari DiGi termasuk Traveller Bag Special Edition dari DiGi. Perhh memang tengah cari beg besar sekarang ni maklumlah aku ni suka sangat pergi melancong. Selalu melancong pun pinjam beg orang tapi kini tidak lagi sebab dah ada beg sendiri.

Makanan kat Café Marmalade memang best dan sedap. Berkali-kali aku tambah siap boleh bungkus bawak balik lagi. Terbaik lah.. harap tahun depan DiGi dan Nuffnang buat lagilah iftar bersama bloggers. Malam tu pihak DiGi ada buat sikit intro/info pasal pekej DiGi Perantaun dan DiGi Smart Plan so bloggers yang datang turut dimeriahkan lagi dengan kuiz dan games yang diorang buat. Happening sangat.

Kak Aisyah jurucakap dari DiGi menerangkan pekej dan informasi berkenaan DG Smartplan kepada bloggers yang hadir.

Antara game yang diorang buat adalah lukis dan teka.. huhu gambar apakah itew? itew lah maskot Yellow Man kalau korang nak tahu hihi..

Ini pulak kuiz untuk kumpulan .. setiap orang dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan mesti jawab soalan tu kat twitter dan ada 2 game lagi ambik gambar dengan gaya paling kreative. Team kitaorang menang dan dapat hadiah dari DiGi yang super awesome.

Antara possing kreative yang buat kitaorang menang.. haha.. dari kiri Mark (DiGi), Mr Jocko, Aku dan Alice.. ni gaya perenang olimpik haha.. ada gaya tak?

Ni pun gambar untuk team kami.. lawak kan.. gambar kredit twitter https://twitter.com/MrJocko

DiGiteam3 menang .. hurray.. tak sangka boleh menang..

Hadiah istimewa aku menang beg besar ni.. yahooo.. boleh balik kampung pakai beg ni nanti.. yang ni aku menang untuk kuiz twitter. Orang kata rezeki terpijak inilah dia.. twit biasa-biasa je tapi ada habuan.. terima kasih kepada semua yang sorak.. kalau tak, tak menang gak aku..

Apa-apa pun DiGi Buka Puasa ni memang best dan harap DiGi dan Nuffnang buat lagi tahun depan ye.. :)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com