Aku Insan Biasa

Kenapa Pasang Bendera Jalur Gemilang Terbalik?

dalam Macam-Macam oleh

Semasa dalam perjalanan ke office melalui jalan Loke Yew susur simpang ke Jalan Dewan Bahasa aku perasan yang bendera Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia dipasang terbalik. Tak kiralah ianya terbalik tepi atau diterbalikkan kebawah ia tetap terbalik. Tahukah kalau bendera kebangsaan dipasang terbalik ni boleh mencemarkan nama baik negara Malaysia itu sendiri. Apa kata orang luar yang berkunjung ke sini apa tanggapan yang diorang akan semat dalam fikiran dan cerita di negara mereka kelak?

Semalam aku perasan ada kontraktor yang buat kerja-kerja pemasangan Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) disepanjang jalan Loke Yew dan Jalan Cheras. Mungkin ini adalah kontraktor yang dapat tender dari DBKL sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun. Baguslah pasang bendera awal-awal untuk semarakkan lagi hari kebangsaan kita. Tapi bukan dengan cara mengibarkan bendera terbalik.

Harap DBKL khususnya mengambil perhatian tentang masalah ini. Jangan nanti orang ingat Malaysia ni dalam keadaan darurat pulak sudah lah. Jangan memandang remeh sebab ianya akan jadi ingatan sampai anak cucu cicit kita nanti.

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

4 Comments

  1. hatiputera > sebagai seorang rakyat Malaysia saya rasakan saya patut untuk tegur kalau diorang salah pasang bendera kesayangan saya :)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Placeholder

Rejab dan Salah Faham.

Sebenarnya tidak terdapat dalil-dalil yang menentukan kelebihan bulan ini. Justeru, dapatlah diringkaskan
Kembali Ke Atas