Berbuka Puasa Bersama Churp Churp

Tahun ini sekali lagi @Churp2 Malaysia mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Churp Churp #ChurpOut di Songket Restaurant beralamat No. 29, Jalan Yap Kwan Seng,  50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur. Kehadiran para Churpers dan Alphas memeriahkan lagi majlis berbuka puasa ini malam tadi. Antara Alphas yang hadir ialah Daphne Iking, Redmummy, Budiey, AdiFashla, Yuyu Zulaikha dan Nadhira sememangnya dinantikan para Chupers yang hadir.

Dalam meraikan bulan puasa ChurpChurp juga menyediakan saluran untuk para Churpers memberikan sumbangan antaranya pakaian, kasut, makanan dan minuman untuk mereka yang kurang bernasib baik. Baguslah dalam masa yang sama kita pun boleh menderma kepada mereka yang memerlukan.

Actually aku nak ucapkan terima kasih kepada adik aku Uzairothman.com sebab sudi jemput aku sebagai tetamu pada malam tadi. Tanpa dia aku pun tak sampai kesini tau.. Banyak gak juadah kat Restoran Songket ni kalau ada yang nak berbuka puasa kat sini harganya cuma RM68 ++ Dewasa dan RM34 ++ untuk Kanak-Kanak 3-11 tahun. Antara juadah yang popular disini adalah Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Sambal Goreng Minang, Ayam Lemak Asam Gelugur dan Kambing Panggang.

Majlis dimeriahkan lagi dengan game untuk para tetamu memenangi hadiah-hadiah dari penaja dan Churpie Churp dari ChurpChurp. Memang menarik.. moga-moga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi dimasa hadapan selain bersama-sama mengeratkan lagi silaturrahim.

Jom layan gambar-gambar Berbuka Puasa Bersama Churp Churp #Churpout malam tadi..

PS : Bulan September ni nantikan #Churpout 2012 pelbagai aktiviti menarik menanti anda..

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.