Selebriti Popular Di Majlis Berbuka Puasa

Bila tiba bulan puasa ramai pihak yang tampil untuk memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim. Baguslah kepada mereka yang sudi buat majlis berbuka puasa untuk meraikan anak-anak yang kurang bernasib baik ni. Semalam bertempat di One World Hotel aku dijemput bersama-sama Selebriti Popular untuk memeriahkan lagi Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Anak-anak yatim pun gembira sebab mereka dapat berjumpa dengan artis kesayangan mereka sekaligus menerima sumbangan daripada pihak berkenaan. Aku pun anak yatim mungkin sebab tulah diorang pun jemput aku haha.. Dulu masa sekolah tak pernah pun merasa dijemput makan kat hotel gah masa berbuka puasa.. sekarang ni Alhamdulillah orang cakap rezeki Ramadan.

Ramai juga artis yang hadir pada majlis berbuka puasa ni sampai aku tak terkejar nak bergambar dengan mereka semua. Bukan nak kejar populariti mereka tapi nak kejer bergambar je.. maklumlah aku pun peminat mereka juga. Rata-rata artis yang hadir dengan mengenakan pakaian yang cantik-cantik ada dari sponsor pihak penaja dan ada dari koleksi peribadi sendiri. So kalau ada yang tercari-cari idea atau inspirasi baju raya pada tahun ni apa kata jom lihat pakaian diorang kat bawah ni. Mana tahu boleh dapat ilham nak baju raya warna sesuai kan..

Jejaka kacak bernama Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) segak berbaju Smart Casual. Ok juga lah baju ni.. kalau nak buat baju raya tak sesuai kot.. tapi kalau nak pergi majlis-majlis kira ok lah.. Apa ye perkembangan terbaru tentang Sein ni?

Abang Mamat Khalid memang peramah orangnya. Ada je benda lucu yang nak dikongsikan.. sampai aku pun kekadang tak paham haha.. Perkembangan terkini abang Mamat Khalid ni tak lama lagi dia akan keluarkan filem terbaru Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah. Adakah filem HKLPKR ni sambungan kepada filem sebelumnya?.. nantikan je lah.. apa-apa pun aku memang suka warna baju melayu abang mamat ni.. cantik..

 Harris Alif artis baru yang melonjak naik selepas menjadi juara bintang Idola Kecil. Terkini Harris Alif telahpun ada single yang sering diputarkan di corong-corong radio yang bertajuk “Kisah Yang Terindah“. Aku nak ucapkan terima kasih kat Harris Alif sebab dia masih ingat review dan interview yang aku buat untuk website Chillout.my hari tu.. semoga adik Harris Alif terus berjaya dalam nyanyian dan lakonan ye. Adik Harris Alif mengayakan baju melayu teluk belanga. Memang cantik baju melayu macam ni.. teringin pulak nak pakai untuk raya tahun ni nanti..

Oh yehh! Serius aku cakap aku memang minat giler dengan Awi Rafael especially lagu Pulanglah yang sangat catchy tu.. Peramah gak orangnya. Macam ni lah artis kesayangan peminat bila peminat nak bergambar sentiasa hulurkan senyuman. Thanks ye bro sudi bergambar dengan saya. Awi Rafael mengenakan pakaian Baju Melayu Cekak Musang pada majlis berbuka puasa. Warna biru cair macam purple cair pun ya juga.. smart giler baju melayu ni..

Shaheizy Sam bin Abd Samad (Shaheizy Sam) simple dengan mengenakan pakaian jubah hitam bersama selendang arab, kopiah hitam dan capal hitam. Simple tetapi masih bergaya. Sesuai jugalah untuk hadiri majlis berbuka puasa. Mungkin Sam pakai cam ni lepas dari berbuka puasa dia nak pergi majid kot buat solat terawih..

Abang Harun Salim Bachik (Kumpulan Boboi) mengenakan baju melayu berwarna biru sinbad dan berkasut putih. Ok gak warna ni tak lah menjolok mata sangat warnanya. Apa ye perkembangan terbaru abang harun sekarang.. tak sabar nak tengok lakonan abang harun lagi.. moga lepas raya ni banyaklah keluar cerita-cerita raya lakonan abang ye.

Kak Sharifah Shahora sangat cantik berbaju kebaya dah la orangnya pun cantik kan.. erkk maaf ye apa nama baju tu yek? maaflah orang lelaki tak pandai sangat.. sekarang ni tengok dia banyak dapat tawaran berlakon dalam drama-drama di Astro. Alhamdulillah rezeki kak Sharifah Shahora. Lakonan dia pun mantap belaka.

Ini kali kedua aku bergambar dengan Adam AF. Last jumpa dia masa majlis Suria FM. Lama kan tak dengar perkembangan Adam yang terbaru. Apa-apa pun kita nantikan lagu-lagu hit dari Adam lepas raya ni. Masa majlis ni Adam mengenakan pakaian Smart Casual berwarna hitam. Smart gak..

Mohd Razizan Abd Razak (Zizan Raja Lawak) pakai baju apa ni ye?.. nak kata jubah pun ya juga.. mungkin ni lah namanya jubah moden kot.. haha.. apa-apa pun santai kan baju biru (curious blue) dia.. siap berserban lagi kau.. tapi yang cutenya pakai kasut warna merah.. haha.. memang jadi tumpuan tul lah Zizan ni.. rasanya sesuai tak kalau aku buat baju raya tahun ni macam baju zizan ni?..

Ni pulak pakaian Scha Alyahya pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim.. tapi ni baju jenis apa ye.. maaflah aku lelaki tak berapa arif sangat dengan jenis pakaian wanita ni. Apa-apa pun baju dia sangat cantik pada malam tu. Scha memang lawa giler dan memang sepadan dengan Awal..

Awal Ashaari segak berbaju melayu biru (valhalla) dan bersampin bunga-bunga. Cantik gak ..

Ini dia Aqasha hero yang meletop dengan drama Dejavu Di Kinabalu kat Tv tu.. hensem gak kan dia ni.. padan lah ramai perempuan tergoda.. dah lama tak dengar Aqasha menyanyi tapi hari tu dengar lagu dia yang “ku gigit gigit” tu memang best sangat. Sebenarnya Aqasha ni aku minat lakonan dia sejak dulu lagi.. mengidam nak bergambar last-last dapat juga bergambar akhirnya. Thanks bro..

Haloooo Faradina Mohd. Nadzir (Dina Nadzir) sekarang kan dia ni penyampai Radio EraFM. Cantik berbaju kurung bunga purple tanah biru ni. Tengok betul-betul gambar ni.. sama comel sama padan kan kami berdua haha…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.