Kejadian Rompak Dan Ragut

Baru je lepas saksikan kejadian rompak dan ragut melibatkan seorang wanita cina di kawasan Taman Midah Cheras. Maklumlah sekarang hujung bulan waktu semua orang akan ke bank untuk keluarkan duit gaji.

Selalunya peragut ni tak kira siapa lelaki perempuan melayu cina india asalkan mereka dapat apa yang mereka nak. Jadi kepada semua sentiasalah berhati-hati ya kalau nak keluarkan duit kat ATM. Bukan senang nak cari duit sekali dah kena ragut berputih matalah jadinya.

Aku ada beberapa tips supaya kejadian macam ni dapat dielakkan. Paling koman pun mungkin dapat mengurangkan gejala rompak dan ragut ni.

1. Jangan keluarkan wang di ATM selepas jam 5 petang
2. Elakkan keluar kesemua duit dalam ATM dalam satu-satu masa. Keluarkan sedikit dan diperlukan sahaja
3. Pastikan kawasan ATM ramai orang. Kalau tempat sunyi sebaiknya jangan keluarkan duit.
4. Jika nak bayar hutang gunakan perkhidmatan transfer/pindahan wang melalui bank secara online.
5. Pastikan anda bawa rakan atau bodyguard semasa keluarkan duit
6. Keluarkan duit dari ATM didalam stesen minyak. Lepas keluar duit terus masuk dalam kereta dan kunci pintu.
7. Gunakan kad debit untuk shopping. Jadi tak perlulah keluarkan duit dari ATM.
8. Beli atau shopping secara online lebih baik. Keselamatan diri pun terjaga. Cuma pastikanlah laman web online tu disahkan sebelum buat pembelian.
9. Bagi wanita sebaiknya simpan duit dalam poket atau ikut cara orang tua dulu simpan dalam koncot didada. Kalau bawa beg besar-besar nanti senang peragut nak ragut
10. Sentiasalah berwaspada dan berhati-hati semasa keluarkan wang di ATM. Jika anda rasa curiga sebaiknya jangan keluarkan duit. Hubungi Polis sekiranya keselamatan anda ditahap minima.

Keselamatan diri sebenarnya lagi penting dari wang. Kalau dah kena ragut takut juga boleh jadi kecelakaan kat diri. Jadi sentiasa berhati-hati dan peka kepada keadaan sekeliling. Semoga menjadi manafaat kepada semua.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com