Jangan Naik Bas Express Ini

Maaflah tajuk entry ini macam nak marah sikit. Ya memang sebenarnya tengah marah dengan 2 pemandu bus express ini May**g S**i dan Has*y Express. Sengaja letak simbol * korang fikir lah sendiri syarikat bus express mana ye. Semasa dalam perjalanan aku dari Johor ke Kuala Lumpur petang tadi kedua-dua bus ini nak buat aksi pecut memecut dan potong jalan sesuka hati tanpa memberi lampu signal kiri dan kanan. Bayangkan masa dalam perjalanan aku bawa kereta diorang berdua ni boleh main pecut macam pelesit sesuka hati macam berlumba di litar.

Bagaimana lah perasaan penumpang dalam bus tu kan? mungkin ada yang separuh nyawa tahan ketakutan. Setiap kali waktu perayaan mesti je kita akan tengok kat tv banyak kemalangan yang melibatkan bus express ni kat lebuh raya. Mana silapnya? bagi aku pemandu dan pemilik syarikat bus tu yang salah. Yelah pemilik syarikat gaji kat pemandu yang cuai last-last penumpang yang jadi mangsa dan nahas.

Serius memang laju kedua-dua bus ni tadi kat highway tadi. Aku dan pemandu kereta lain sampai seriau nak jalan disebabkan kedua-dua bus ni macam orang gila bawak bus.

Aku jarang naik bus express sebab tu tak banyak pengalaman. Korang yang selalu naik bus balik kampung macam mana? Pernah tak lakui pengalaman pemandu bus bawa laju untuk sampai ke destinasi? Kekadang pemandu bus ni nak kejar masa untuk dapat OT lebih. Sebab tu bawak macam pelesit tanpa mengira keselamatan penumpang dan pemandu kenderaan lain.

Nasib baiklah kampung aku kekat KL je kalau jauh alternatif yang paling bagus adalah naik keretapi je. So kalau korang ada pengalaman boleh la share sama-sama ye.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.