SHARE

Hari ni dapat berita mengejut dari adik aku yang ayah rakannya baru pergi menemui penciptanya yang maha Esa.

Al-fatihah

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pontian Johor mengambil masa lebih kurang 3jam perjalanan. Tu pun banyak berhenti-henti di hentian lebuhraya. Maklumlah bulan puasa tenaga tak berapa stabil tambah pula dengan tak cukup tidur dan mengantok.

Dalam perjalanan sudah semestinya kita orang sekeluarga akan pasang frekunsi era.fm ye lah erakan stesen radio no 1 Malaysia. Agak terkejut gak sebab mulai hari ini mereka dah mula pasang lagu-lagu raya.

Kalau sebelum ni tak silap aku paling awal pun stesen radio mainkan lagu raya seminggu sebelum nak raya tapi sekarang dah awal lagi selepas seminggu berpuasa.

Sebenarnya aku sokong sangat setiap stesen radio pasang lagu raya awal kecuali ada lagu yang diselitian dengan takbir raya. Bukan apa, lagu raya ni kalau nak dengar pun setahun sekali je jadi bagus juga kalau pasang awal. Boleh naikkan lagi semangat nak beraya tahun ni.

Kalau boleh harap semua stesen radio tempatan tak kiralah stesen berbahasa melayu, english, tamil, cina pasang lagu raya ni awal. Masa ni jugalah artis-artis kita nak kumpul duit royalty dari hasil putaran dj radio tu.

Semoga tahun ni adalah raya yang lebih bernakna dari tahun-tahun yang lepas. :)