Harga Juadah Bazar Ramadan Mahal

Tiap-tiap tahun boleh dikatakan harga juadah di bazar Ramadan meningkat mendadak di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Kenapa ye peniaga bazar suka sangat naikkan harga makanan?.. nak naik haji cepatlah tuh.. Memang tak dinafikan harga barangan sekarang ni agak mahal tapi jangan lah sampai jual juadah berbuka puasa sampai nak cekik leher pembeli.

Hari ni hari ke 8 umat islam berpuasa dan hanya 2 hari je aku berbuka puasa di rumah sebelihnya aku beli saja di Bazar Ramadan. Bukan kerana suka membeli di bazar tetapi terpaksa sebab pada minggu ni aku kena kerja shif petang jadi tak sempatlah nak membekalkan nasi dan lauk dari rumah. Enam hari berturut-turut makan nasi bungkus buat aku semakin loya dengan karenah penjual di bazar. Sewenang-wenang naikkan harga makanan mentang-mentanglah kawasan KL ni ramai pembeli yang MALAS masak.

Nasi berlauk ayam dan sayur RM8.00, Nasi berlauk Begedil dan Sambal petai ini pula berharga RM7.00. Kalau bukan waktu puasa harga makanan cuma sekitar RM5.00 – RM6.00 sahaja. Apakah sebenarnya faktor penjual bazar ramadan menaikkan harga makanan? adakah sewa tapak terlalu mahal? atau harga barangan sudah naik melampau? atau penjual sengaja naikkan harga sebab nak kaya cepat? ye lah bulan ramadan macam ni lah penjual nak cari rezeki lebih untuk hari raya..

Apa-apa pun kepada pekedai bazar ramadan janganlah sengaja naikkan harga makanan. Kalau makanan tu sedap sehingga menjilat jari tu ok la juga.

PS : Pernah beberapa kali beli makanan dan sampai waktu berbuka puasa juadah tu dah pun basi… So siapa nak jawab? nanti pekedai tu jawab lah kat akhrat kelak.. 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Harga Juadah Bazar Ramadan Mahal

  1. JMR says:

    fenomena di bln puasa. harga nasi cmpur kdg2 tak masuk akal..sabar je la bro. kn cari wife cpt ni..

  2. sungguh! kena buat report jee.. bazar kat sini plak siap ada yg amek untung x kena tempat.. nasi briyani lauk smbal ayam dgn telur rebus sebelah dgn acar.. rm5.. bila d tnya knapa mahal, boleh plak jawab ‘kalau kat area akak nie susah nk dpt rm5 dik’.. kira dah murah sgt lar tuu..-.-‘

  3. kak ina kl says:

    salam ramadhan zaid. nak buat camner..dorang ni berniaga nak cari duit raya..nak kaya cepat..

  4. fazrol says:

    Nak buat camna.. bula puasa ini.. bulan menambah rezeki..
    sokong komem jmr- cari bini cepat..

  5. salfee says:

    Nasi beriani kalo kt jb xdpt 5 hengget.. Plg koman mau 6-7 hengget

  6. Mohd Zaid says:

    JMR > haha insyaallah bro.. kalau ada jodoh tak kemana.. wahh cam ne bro tahun ni mesti isteri masak sedap2 kan.. 🙂

  7. Mohd Zaid says:

    fatin amalina husna > kalau nak buat laporan pun pada siapa ye?

  8. Mohd Zaid says:

    kak ina kl > betul tu kak ina.. nak buat macam mana.. kena bersabar je lah.. kalau nak murah kena la masak sendiri

  9. Mohd Zaid says:

    fazrol > haha amboi bro.. siap sokong lagi komen bro JMR .. ye insyaallah masih mencari teman sejati lagi ni.. kalau ada jodoh nanti saya jemput semua makan nasi minyak free hihi..

  10. Mohd Zaid says:

    salfee > nasi beriani rasanya rm6-7 tu kira berbaloi lagi.. kalau lebih tu kira cekik darah gak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *