Mari Beramal Bersama Colgate

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat sekalian. Apa khabar kita semua hari ni pastinya Ramadhan kali ini membawa seribu satu erti kemanisan dalam hidup setiap insan. Dalam bulan yang penuh barakah inilah kita sama-sama menambah ilmu dan meningkatkan lagi kebajikan kepada yang memerlukan

Tatkala kita gembira dalam meraikan suasana ramadhan dan Aidilfitri yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi. Janganlah kita lupa kepada mereka yang memerlukan bantuan. Setiap insan pastinya ingin merasai saat-saat keriangan yang jarang kita laluli bersama. Dalam kemanisan yang dikecapi janganlah lupa pada insan yang tidak berdaya. Ramai diantara kita sudah bersiap sedia untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. Tetapi bagi insan ini mereka menanti belas ikhsan dari segenap masyarakat untuk menghulurkan bantuan.

Saban hari ramai yang tampil kehadapan untuk memberikan tanggungjawab sosial dengan melakukan kerja amal membantu mereka yang memerlukan dari segi sumbangan mahupun tenaga. Tahniah diucapkan kepada Colgate-Palmolive Marketing (Colgate) kerana sekali lagi pada tahun ini menjayakan salah satu kempen amal yang sedang berlangsung iaitu “Mari Beramal Bersama Colgate”. Melalui kempen Mari Beramal Bersama Colgate ini dapat mengumpul dana yang akan disumbangkan kepada 15 rumah anak yatim terpilih daripada Jabatan Kebajikan Masyrakat Malaysia bagi meringankan beban mereka dan menceriakan lagi lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Kempen “Mari Beramal Bersama Colgate” mensasarkan sejumlah RM25,000 sehingga akhir Ramadhan untuk disumbangkan kepada kumpulan sasar yang terlibat. Pengguna harian Colgate khususnya juga dapat bersama-sama membantu kempen ini menerusi pembelian pek amal yang ditawarkan Colgate. Selain itu masyarakat juga boleh menyertai Kempen “Mari Beramal Bersama Colgate” menerusi Facebook www.facebook.com/ColgateMY. Pengguna juga boleh berinteraksi dengan halaman sosial Facebook Colgate untuk meningkatkan jumlah sumbangan kepada kempen ini.

Bagiamana sebenarnya orang ramai dan pengguna Colgate boleh memberikan sumbangan dalam kempen aplikasi Facebook “Mari Beramal Bersama Colgate“. Mudah saja sebenarnya, melalui tiga (3) langkah mudah anda boleh membantu meningkatkan lagi sumbangan untuk kanak-kanak kurang bernasib baik ini dengan melakukan “Like”, “Pledge” dan “Share”.

Setiap “Like” pada Colgate Malaysia Facebook, Colgate akan menyumbangkan 50 sen sebagai sumbangan kepada badan kebajikan. Pengguna juga boleh meletakkan “Pledge” pada komuniti ini dengan memilih antara 20 reka bentuk “Cover Photo” yang direka oleh kartunis popular “Ujang” dan setiap Pledge yang diletakkan, Colgate akan menyumbangkan RM3.

Pengguna boleh memilih sama ada memilih Pledge yang telah tersedia atau mereka sendiri kata-kata semangat anda sendiri. Bagi saya, saya memilih untuk menulis sendiri Pledge yang ingin saya sampaikan kepada insan-insan yang saya sayang dan menganggap mereka semua adalah insan yang sangat teristimewa.

Antara Pledge yang tersedia ada untuk dimuat naik pada Cover Photo Facebook anda.

Setelah selesai mereka cipta Pledge anda kongsikan kepada rakan-rakan teristimewa anda. Setiap “Share” yang dibuat Colgate akan menyumbangkan RM1 kepada badan kebajikan. Mudah bukan. Melalui aplikasi kempen “Mari Beramal Bersama Colgate” di Colgate Malaysia Facebook ini sedikit sebanyak membantu anak-anak yatim di 15 rumah kebajikan yang terlibat.

Cover Photo Facebook saya yang disinari dengan pledge kempen “Mari Beramal Bersama Colgate”

Nota Ringkas kempen “Mari Beramal Bersama Colgate”

  • Setiap “Pledge” yang dibuat melalui aplikasi ini RM3 akan disumbangkan.
  • Setiap “Share” yang dibuat RM1 akan disumbangkan.
  • Setiap “Like” dan tanda sokongan anda melalui Colgate Malaysia Facebook page, 50 sen akan disumbangkan.
  • 10 sen akan disumbangkan dengan setiap pembelian Colgate pek tunggal amal dan 20 sen dari pek kembar amal (Colgate Maximum Cavity atau Colgate Kayu Sugi)

Harapan : Sebanyak RM25,000 akan disumbangkan melalui aplikasi online di Colgate Malaysia Facebook page. Jumlah keseluruhan sumbangan menyasarkan kutipan sebanyak RM150,000 untuk 15 buah rumah anak yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Untuk menyertai kempen “Mari Beramal Bersama Colgate” sila ke Colgate Malaysia Facebook page www.facebook.com/ColgateMY. Jom.. Mari Beramal Bersama Colgate..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com