Jom Pasang Widget Kalendar Hijrah

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog Mohdzaid.com dan semoga di bulan yang mulia ini kita sama-sama tingkatkan taqwa, sucikan niat, ikhlaskan ibadah kepadaNya. Ramai diantara blogger kat luar sana yang suka pasang widget kalender di blog masing-masing. Tak dinafikan tujuan pasang kalendar ni mengingatkan kita kepada tarikh penting dan menghargai masa. Hari ini tergerak kat hati untuk aku pasang widget Kalendar Hijrah dari dari website kalendarhijrah.com yang memaparkan tarikh dan kalendar dalam tahun Hijrah dan Masihi.

Sememangnya widget macam nilah yang perlu kita pasang kat blog ataupun website-website rasmi kerajaan dan bukan kerajaan supaya kita tidak alpa dengan tarikh-tarikh penting dalam kalender Islam. Tahniah kepada pengaturcara Kalendarhijrah.com kerana menyediakan aplikasi terbaru yang sesuai untuk dilayari melalui smartphone iPhone  dan mana-mana telefon pintar (Android, Blackberry, Windows Mobile, Symbian, etc). Pengguna boleh melayari http://touch.kalendarhijrah.com melalui smartphone dan paparan kalendar hijrah dalam bentuk Web Apps yang ringkas dan kemas.

touch.kalendarhijrah.com

Paparan Web Apps touch.kalendarhijrah.com melalui iPhone saya.. memang menarik dan kemas. So lepas ni kita selalu-selalulah ingat tarikh hijrah pula dan didik minda kita dan anak-anak yang dah terbiasa untuk mengingati tarikh-tarikh masihi kepada tarikh hijrah.

Jadi saya nak sarankan lah kepada semua pembaca blog Mohdzaid.com kita sama-samalah gunapakai aplikasi yang dah tersedia ada ni untuk rujukan bersama-sama. Jangan tak percaya.. ada je budak-budak dan orang dewasa yang tak tahu tarikh dan bulan hijrah ni.

Ni nak kongsi sikit tips macam mana nak letak widget kalender hijrah kedalam blog :-

1. Masuk website www.kalendarhijrah.com

2. Pergi ke bahagian (install) http://www.kalendarhijrah.com/install

3. Pilih senarai warna dan corak kalender (nombor 1-9)

4. Copy/Paste kod ini : <script src=”http://hijrah.mfrapps.com/hijrah.php?color=NOMBOR“><

5. Tukarkan nombor mengikut pilihan anda dibahagian kod tersebut.

6. Masukkan kod tersebut di bahagian widget blog/website

Mudah bukan? jadi marilah sama-sama kita share benda baik ni kepada seluruh umat islam tak kiralah di Malaysia atau mana saja. Sama-sama kita memperingati bulan-bulan dalam kalender hijrah hendaknya :)

PS : Bagi adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik makcik, atok nenek.. merendah diri itu lebih baik dari bermegah-megah.. macam aku.. kalau nak ingat bulan islam mesti aku nyanyi lagu kat atas ni.. jadi marilah kita nyanyi sama-sama ye.. Lagu : Bulan-Bulan Islam dari Alarm Me :)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Tips and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.