Ariel Peterpan Comeback Isnin Ini

Nazril Irham atau Ariel merupakan seorang vokalis dari kumpulan terkenal Peterpan di Indonesia dan Malaysia. Selepas peristiwa hitam yang dialami dengan tersebarnya video dan gambar perlakuan lucahnya dengan seorang artis wanita beliau telah disabitkan kesalahan dan di penjara untuk terima hukuman.

Ariel yang kini telah selesai menjalani hukuman di Rumah Tahanan (Rutan) Kebon Waru bakal mula menikmati hidup yang baru dan akan dibebaskan bersyarat pada 23 Julai 2012 (Isnin) ini dan bakal mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa. Mungkin selepas kontroversi yang melanda Ariel ini, namanya kian melonjak naik dan lebih dikenali ramai. Tidak salah jika saya katakan selepas ini mungkin Ariel akan lebih popular dan diterima oleh peminat-peminatnya. Menurut sumber peminat-peminat Ariel Peterpan dari Kuala Lumpur, Johor Bahru Kota Bharu dan Makassar pun dah ada kat sana menanti Ariel dengan harapan dan memberi semangat kepada Ariel.

Ariel bukan saja mempunyai rupa paras yang kacak malah berbakat dalam nyanyian dan menghasilkan lagu yang berkualiti dan terbaik sering diterima peminat. Pembebasan bersyarat Ariel Peterpan mendapat sambutan media antara yang bakal membuat liputan secara langsung adalah Global TV, dan dikhabarkan 3 lagi media tempatan disana turut menyiarkan peristiwa ini secara live iaitu Metro TV, tvOne dan Trans7.  Menurut info ada juga wartawan salah sebuah portal hiburan (Malaysia) turut berkampung disana untuk dapatkan laporan terkini. Wahh memang nama Ariel menjadi HOT lah lepas ni kan..

Terbaru gambar seorang peminat Ariel, Roy Permana Putra berpeluang bertemu dengan artis kesayangannya setelah menunggu di depan penjara sejak dari 7.00 pagi tadi. Bukan sekadar peminat setia Ariel malah Roy turut mencipta sebuah lagu untuknya tetapi masih belum diberi tajuk. Hasil dari perjumpaan itu Ariel menerima hasil karya Roy dengan hati terbuka dan turut memberi nasihat dan kata-kata motivasi untuk Roy untuk belajar dengan rajin.

 

Sumber : http://www.merdeka.com

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in OMG and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.