Rezeki.. Menang Lagi RM100 Duit Raya

Alhamdulillah. Orang kata kalau dah rezeki tak kemana pun asalkan kita sendiri pandai cari rezeki yang Allah bagi. Petang tadi dapat panggilan dari radio Era.FM yang aku menang peraduan Horlicks Sering Di Hati Saya Bersama Era. Rasanya baru minggu lepas aku join peraduan ni dan hari ni diorang umumkan aku pemenang bertuah. Peraduan ni senang je cuma tuliskan ucapan Horlicks kepada orang yang tersayang samaada ibu ke bapa ke, boyfriend girlfriend, adik abang atau sesiapa saja.

Alhamdulillah syukur hadiah yang aku dapat berupa wang tunai RM100 dan hamper Horlicks bernilai RM150. Orang yang kita sampaikan ucapan tu pun dapat hadiah hamper Horlicks bernilai RM150.. siapa nak bagikan.. boleh lah buat untuk sahur dan buka puasa dengan ho..ho..hooorlicks nanti.

Okey ini adalah ucapan yang melayakkan aku menang peraduan ni.. ucapan ni aku tujukan kepada mak aku yang tercinta.. :-

Setiap detik setiap saat, jatuh dan bangun, tika ceria tika duka engkaulah pengubat engkaulah sahabat engkaulah segalanya. Engkaulah ibuku yang selalu berikan Horlicks untuk aku menjadi seorang yang hebat. Ibu.. terima kasih.. engkau dan Horlicks sering di hati saya.

Petang tadi gak Adi dan Zahid dari radio Era call aku dan onair kat radio.. sempat gaklah aku rakam kat ipad sebab rumah aku tak ada radio haha.. so meh la dengar perbualan kita orang kat radio petang tadi.. 🙂

http://www.youtube.com/watch?gl=MY&v=4G8maaq2P9o

Apa-apa pun terima kasihlah kepada Horlicks dan Era.fm sebab pilih aku dan mak aku sebagai pemenang.. rezeki.. amin..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Rezeki.. Menang Lagi RM100 Duit Raya

  1. KiD says:

    tahniah bro..!! boleh bikin belanja masa puasa atau raya nanti.. =)

  2. Mohd Zaid says:

    KiD > Insyaallah bro.. 🙂

  3. myvitrd says:

    tahniah zaid rezeki tu.. alhamdulillah

  4. topo says:

    tahniah bro.. bulan puasa nanti melantak horlicks jela ye jawabnya haha

  5. Mohd Zaid says:

    myvitrd > thanks bro.. bro try lah join mana tau ada rezeki gak 🙂

  6. Mohd Zaid says:

    topo > gitu la nampaknya.. sebulan sebat ho ho horlicks lah..

  7. Ramzi says:

    Keberuntungan ni
    Selamat mas bro 🙂

  8. Mohd Zaid says:

    Ramzi > Terima kasih mas 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *