Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Orang Langat kalau tak pergi Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) ni tak tau lah nak cakap apa. Haha Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) ni dekat je dengan rumah aku lebih kurang 5 minit je kalau naik kereta. Tadi sempat gak lah singgah pergi tengok KKR1M ni dengan mak aku. Tengok dan dengar kat TV kata harga kain kat KKR1M ni murah-murah benau. Untuk pengetahuan semua KKR1M ni terletak ni Hulu Langat beralamat No1, Jalan Lagenda Suria, Taman Lagenda Suria, Batu 14 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, bersebelahan dengan Stesen Minyak Petronas Batu 14.

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Harga kain kat KKR1M ni memang murah-murah belaka bagi wanita yang suka bershopping tu boleh la datang kesini dan borong kain yang sesuai dengan citarasa masing-masing. Terima kasih lah pada Perdana Menteri kita Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak kerana mewujudkan kedai kain rakyat ini untuk semua dengan harga yang amat berpatutan. Moga lepas ni Dato’ Sri boleh buat Kad Mesra Point 1Malaysia pulak supaya semua rakyat yang membeli belah di kedai rakyat 1M boleh kumpul point dan rebat pulangan.

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Baju Kurung Kanak-Kanak dari RM15.00 sepasang

Bagi yang ingin membeli belah pakaian, tudung, langsir, pakaian sekolah, selimut dan pelbagai kain untuk hari raya nanti bolehlah datang ke KKR1M sebab harganya jauh lebih murah berbanding dengan gedung kain yang lain. Jenis kain dan pakaian yang dijual juga sangat berkualiti dan beranika pilihan. KKR1M baru dirasmikan oleh Perdana Menteri kita Sabtu lepas disini dan dijangka 30 buah KKR1M lagi akan dibina di seluruh negara dalam masa dua tahun lagi. Jadi buat masa ni sempena bulan ramadhan dan hari raya meh la ramai-ramai datang. Kalau nak kirim dengan aku pun boleh sebab rumah aku dekat je haha…

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Baju Melayu KKR1M Dewasa dari RM45.00 Sepasang

Cadangan aku kepada PM untuk KKR1M di Hulu Langat ni kalau boleh besarkan lagi dan tambahkan lagi jenis-jenis kain dan baju siap lelaki dan perempuan. Nanti bolehlah aku borong baju kerja kat sini je..

Aneka Baju Kurung dari RM20.00

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Kain Pelikat dari RM6.50 sehelai

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Gajah Bangau RM10.00 sehelai

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Satin Chinka dari RM40.00 sepasang

Mak aku kalau dah nampak kain apa lagi terus memborong sakan.. haha..

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Thai Silk RM50.00 sepasang

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Aneka baju untuk wanita

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia.. Malaysia je ada..

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Kain Organza Plain RM5.00 semeter dan Sheer Stripe RM6.90 semeter

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Kain Jacq Chamry RM4.50 semeter

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Aneka Kain langsir untuk hari raya

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)

Penat memborong kita orang lepak jap makan mamak berdekatan kedai kain rakyat ni.. apa-apa pun kepada PM yang baca artikel ni.. nanti boleh la bagi sikit duit raya sebab tolong promosikan KKR1M ni kepada masyarakat 1 Malaysia :)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.