SHARE

Semalam seronok kita orang sekeluarga buat sambutan hari ulangtahun anak buah aku Nur Alia Qistina yang pertama. Buat jamuan kecik-kecik je dan jemputan pun pada ahli keluarga dan rakan-rakan kakak aku. Kalau buat sambutan hari jadi kita orang memang mesti beli kek dari Secret Recipe. Bukan tak nak beli kek yang murah-murah tapi sebab kek Secret Recipe ni memang sedap dan berbaloilah beli walaupun harganya agak mahal.

Tapi masa party birthday Alia ni kita orang buat kelainan sikit. Kalau sebelum ni kita orang tak pernah beli kek Secret Recipe ada gambar sendiri tapi kali ni letak Edible Image kat kek Kek Chocolate Indulgence. Memang sedap.. kalau sesiapa nak tahu.. kalau nak tambah letak Edible Image kat kek ni kena tambah duit RM25.00. Gambar kena bagi gambar sendiri atau nak letak gambar-gambar katrun pun boleh. Ambil je dari internet ..

Birthday Gurll.. muka masam sebab terlalu penat hihi..

Kalau nak letak Edible Image ni kenalah tempah awal sebab diorang kena email gambar tu kat HQ pastu baru diorang buat Edible Image gambar yang diberi. Bagi sesiapa yang tak tahu Edible Image ni boleh dimakan sebab ianya dibuat berasaskan ising gula. Dicetak guna alat (tak pasti alat apa) dan dilekatkan pada permukaan atas kek. Jadi apa kata lepas ni kalau ada yang nak beli kek dari Secret Recipe boleh la cuba letak gambar sendiri pulak.. hihi..

5 COMMENTS

  1. Denaihati > terima kasih bro. Yang lebih suka pakcik makcik dia haha. Ni anak buah pertama saya dan hari jadi pertama dia. Sambut biasa2 je :)

  2. askum. kebetulan saya nak buat kek ada gmbar. mmm. bagi drg gmbar 4r atau mcm mana? berbentukan apa? pendrive atau apa? saya blm pnah buat.

  3. askum. kebetulan mahu buat kek bgni yg ada gambar. mcm mana mahu kasi gmbar tu? berbntuk kan apa yaaa? pendrive atau bgi jak gmbar 4r tu kat kdai tu? email tadi silap taip. sorri. sofea bukan sofes.

  4. Salam Sofea. Gambar boleh bagi ukuran apa-apa pun tapi dalam resolusi tinggi lah kalau boleh. Masa saya order saya send via email je kat manager SResepi tu.. then gambar tu diorang akan send tu HQ diorang untuk ditempah..

LEAVE A REPLY