Beriadah Di Desa Water Park

Di Kuala Lumpur sebenarnya banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati seisi keluarga. Salah satu tempat yang aku selalu kunjungi adalah Sunway Lagoon kerana bagi aku inilah satu-satunya taman tema air yang paling best bagi aku. Walaupun aku dilahirkan di Kuala Lumpur tapi banyak tempat yang aku masih belum lawati. Disebabkan aku join larian Chicken Run yang ke 8 baru-baru ini (itu pun company sponsor) maka dapatlah aku berkunjung secara percuma ke Desa Water Park yang terletak di Taman Danau Desa, Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan semua tiket masuk untuk dewasa ke Desa Water Park adalah RM24.00 dan RM17.00 bagi kanak-kanak. Bagi kanak-kanak dibawah 2 kaki setengah masuk adalah percuma. Kalau tanya aku antara Sunway Lagoon dan Desa Water Park ni mana paling best sudah tentulah aku cakap Sunway Lagoon tapi tak boleh juga nak bandingkan sebab Desa Water Park pun menarik juga dan banyak aktiviti sukan air yang boleh satu keluarga main.

Antara tarikan yang ada di Desa Water Park adalah Surf Shack, Tarzan In Town, Water Factory, Clown-a-Round, Pink Slide, Shock Wave, Ripple Bay, Bubble Pool, Super Tube, Action River dan Thunderbolt. Disini juga terdapat gerai makanan dan kedai cendera hati untuk dibeli dan dibawa pulang untuk kenang-kenangan.

Map Desa Water Park

Bagi aku haga tiket masuk ke Desa Waterpark ni sangatlah berpatutan dan sesuailah untuk mereka yang berkeluarga atau berpasangan untuk bercuti di Kuala Lumpur. Tak perlulah nak pergi jauh-jauh untuk menikmati saat percutian singkat pada hari Sabtu dan Ahad.

Jom tengok gambar-gambar yang di snap melalui iphone 3gs di Desa Water Park. Maaf tak bawa kamera DSLR waktu tu.. jadi ni je gambar yang ada haha.. BTW thanks BOSS sebab belanja kita orang masuk Chicken Run dan sekaligus main dalam taman tema Desa Water Park ni.. moga-moga tahun depan BOSS sponsor lagi la ye untuk pekerja-pekerja yang berdedikasi macam aku ni haha..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com