Percutian Singapura – Universal Studios Singapore

Jika ke Singapura memang tak sah kalau tidak singgah ke Merlion Park yang terletak berdekatan dengan MRT Raffles Place. Salah satu tarikan terbaru di Singapura adalah taman tema Universal Studios Singapore (USS) yang terletak bersebelahan dengan Resort World Sentosa di Pulau Sentosa. Bagi mereka yang menginap di Tune Hotels Danga Bay Johor boleh membeli terus tiket shuttle bus berharga RM30 pergi balik ke USS. Kalau yang nak pergi sendiri tu boleh lah naik MRT dari Woodlands dan turun terus di MRT North-East Line (Jalur Ungu) dan turun di HarbourFront MRT Station. Di Harbour Front boleh jalan kaki menyusiri waterfront dekat VivoCity atau naik Sentosa Express.

Di Universal Studios Singapore seperti yang kita semua tahu terdapatnya pusat hiburan taman tema, kasino, pusat membeli belah, tempat penginapan 5 bintang, Hard Rock Cafe Sentosa dan banyak lagi aktiviti santai yang boleh dilakukan seisi keluarga disini. Cuma kena ada fulusnya lah baru perjalanan terasa ceria dan gembira.

Baru-baru ni aku dan keluarga berkesempatan untuk bercuti kesana dan tiket masuk USS telah pun dibeli dari awal lagi sebab takut tiket kehabisan kalau beli masa walk-in. Masa aku pergi hari tu pun bukanlah waktu cuti persekolahan tapi orang memang ramai dari pelancong dalam Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Universal Studios Singapore adalah tempat dimana seisi keluarga dapat berhibur seharian suntuk kerana waktu operasi taman tema ini adalah dari 10 pagi – 7 malam. Jadi bagi mereka yang datang dari sempadan Malaysia (Johor) bolehlah gerak awal dan perjalanan ke sini lebih kurang 1 jam – 2 jam kalau jalan tak sesak. Disini terdapat 7 taman tema yang masing-masing diberi nama bersempena dengan movie yang diterbitkan dari Universal Studios. Antaranya adalah Lost World, Ancient Egypt, New York, Hollywood, Madagascar dan Far Far Away. Antara Attraction yang terdapat dalamnya adalah Lights Camera Action, Accelerator, Battlestar Galactica, Revenge of the Mummy, Treasure Hunters, Jurassic Park Rapids Adventure, Dino Soarin, Amber Rock Climb, Canopy Flyer, Magic Potion Spin, Enchanted Airways, King Julien’s Party-Go-Round dan Madagascar: A Crate Adventure. Jadi rasanya kalau pergi seharian memang tak sempat kot nak pergi atau main semuanya mungkin 2 hari baru puas. Insyaallah kalau ada masa nanti aku nak pergi lagi USS ni sebab aku tak puas haha.

Seronok bukan kepalang lagi bila berada disini macam tempat ni kita yang punya. Pantang nampak apa saja yang menarik mesti nak bergambar. Untuk pengetahuan semua kawasan USS ni memang luas gila dan bagi mereka yang bawa baby tu aku nasihatkan bawa stroller atau bagi yang kurang upaya boleh bawa sekali Wheelchair bersama.

Pemandangan dan bangunan disini direka bentuk seakan-akan anda berada di luar negara. Bayangkan ketika disatu tempat kita macam berada di New York ada satu tempat kita berada di Hollywood.  Jadi kalau tak mampu ke oversea tu boleh la datang ke sini dan bergambar kenang-kenangan. Boleh masukkan dalam facebook dan tunjuk kat atok nenek yang kita pernah sampai ke New York haha.

Terdapat juga clone watak-watak dalam movie disini. Bila mereka keluar boleh lah beratur dan ambil gambar bersama mereka. FOC je sebab kita dah bayar sekali dalam tiket masuk USS.

Salah satu watak dalam Sesame Street. Apa ye nama binatang pink ni? haha aku tak minat tengok Sesame Street.. budak-budak mesti tau kan..

Transformers: The Ride salah satu mainan yang aku naik sampai 2 kali. Memang best giler naik Transformers: The Ride ni korang pasti kagum dengan teknologi 3D dan real dari Transformer. Rasa macam nak terbang je bila naik benda alah ni. Kalau datang ke USS WAJIB masuk Transformers: The Ride tau.

Owhhh kalau nak cerita pasal USS ni sampai esok pun tak habis.. so korang tengok lah gambar-gambar kat bawah ni ye..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com