Aku Insan Biasa

Percutian Singapura – Malaysian Food Street

dalam Percutian oleh

Ramai yang tanya mana post pasal Universal Studios Singapore kat blog aku ni. Haha.. ada nantilah aku tulis sebab banyak sangat gambar tak tau nak letak yang mana satu. Nanti bila otak aku dah free baru aku tulis pasal USS kat sini. Ok post kali ni nak cerita sikit tentang kedai makan yang ada kat perkarangan Universal Studios Singapore ni. Siapa cakap kalau di Singapura susah cari makanan halal.. haha memang susah pun hihi bagi aku lah.. orang lain aku tak tahu lah.. tapi kat USS ni makanan halal memang banyak dan halal mereka pun diiktiraf dengan Majlis Ugama Islam Singapura.

Kalau ada yang berhajat untuk ke Universal Studios Singapore bolehlah singgah ke Malaysian Food Street yang terletak betul-betul dengan perkarangan pintu masuk USS ni. Aku tak pasti Malaysian Food Street ni akan wujud sampai bila tapi harap-harap ianya akan berkekalan lah. Kat Malaysian Food Street ni ada banyak kedai makanan Malaysia. Kagum jugalah aku sebab di negara luar pun mereka mengiktiraf makanan Malaysia disini. Disini terdapat 2 kedai makanan Halal untuk Muslim iaitu gerai Kampung Nasi Lemak (Halal) dan Roti Canai & Nasi Briyani (Halal).

Di Malaysian Food Street terdapat palbagai gerai masakan Malaysia antaranya masakan popular dari Jalan Petaling, Jalan Alor, Jalan Pudu, Jonker Street dan banyak lagi. Pastinya masakan dari tempat ini dibawa khas ke Singapura untuk mempromosikan masakan Malaysia di mata dunia. Aku sempat singgah dua kedai halal disini dan masakannya boleh tahan sedap. Harga yang berpatutan dan murah. Bila convert dua Singapura ke Malaysia pun taklah mahal sangat.

Gerai-gerai di Malaysian Food Street ni direka bentuk serupa dengan gerai-gerai yang terdapat di Malaysia. Seakan-akan korang berada ditepi jalan di Malaysia sambil menikmati makanan yang lazat. Padahal dalam bangunan je tapi nampak macam real kedai-kedai yang diorang buat ni.

Jangan risau.. kat Malaysian Food Street ni ada 2 kedai halal yang diiktiraf. Pinggan dan cawan pun diorang pakai yang jenis plastik. Tak share dengan kedai-kedai lain.. lepas makan pinggan dan cawan tu diorang terus buang.. makanlah tanpa was-was ok.. pekerja kedai ni pun orang melayu dari Malaysia.

Gerai Claypot Chicken Rice. Antara kedai-kedai makan yang ada disini adalah Fung Wong Confectionery, Heun Kee Claypot Chicken Rice, KL Jalan Alor Hokkien Mee, Penang Ah Long Lor Bak, Penang Ah Mei Hokkien Prawn Mee, Penang Hai Beng Hainan Lor Mee, Penang Lim Brothers’ Char Koay Teow, Petaling Street Famous Porridge (since 1949), Ampang Yong Tau Foo, Kampung Nasi Lemak, Klang Bak Kut Teh, KL Wanton Mee, Malacca Chicken Rice Ball, Penang Cuttlefish Kang Kong, Roti Canai & Nasi Briyani dan Petaling Jaya Dim Sum

Nasi Briyani Ayam ni harganya $6.00 lebih kurang RM15.00. Kira ok la kot..

Kampung Nasi Lemak ni harganya tak silap aku $6.50 kalau tukar duit Malaysia dalam RM 16.30

So far makanan kat Malaysian Food Street ni murah je bagi aku. Sedap pun sedap.. jadi kalau nak ke Universal Studios Singapore jangan lupa singgah makan disini ye..

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

8 Comments

  1. Hi Zaid,

    Best kan USS.i nak repeat sekali lagi nnt.tggu when my doter dh tinggi sikit.tempat yg u makan tu tempat i singgah makan jugak.tk snap pics pun. spore mmg ssh sikit cari makan halal kan.even i duduk Siloso hari tu, breakfast asyik ulang egg & vege je.blogger tak aktif,macamnilah rupanya.so baca blog u,tgk byk cerita yg u share.good job.

  2. hanaz > terima kasih sebab sudi baca blog zaid ni.. insyaallah nanti kalau zaid pergi jenjalan or bercuti mana-mana zaid akan share cerita untuk semua :)

  3. Assalam,

    Salam perkenalan. Baguslah kalau dah ada Malaysian Food Street. Dulu masa gi sana, tempat tu masih belum ada. Terpaksa ke food court yang disediakan dan pilih makanan vegetarian je huhu.

  4. karimah > masa saya pergi hari tu di Malaysian Food Street hanya ada 2 kedai makanan halal.. mungkin sekarang dah bertambah kot..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Kembali Ke Atas