Portable Hard Drive : My Passport WD 1TB

 

Petang tadi rasa macam gatal kaki je nak pergi terjah Plaza Low Yatt. Ingat cuma nak beli thumb drive je nak cari yang murah-murah 16Gb baru RM29.00 jenama Kingston tapi bila setan nak rasuk mula lah niat tu bertukar dari sekecik benda terus tamak nak beli hard drive pulak. Cari pulak tak hengat nak yang 1TB je haha macam lah nak letak banyak benda kan.. Tapi memang nak beli pun sebab hard drive lama aku dah nak rosak lepas kena banjir hari tu. Siap dah hantar repair bagai tapi macam biasalah benda elektronik ni kalau dah kena air harapan nak sembuh tu memang susahlah. Tak pelah labur sikit duit lagipun aku baru je cashout duit Nuffnang. Jadi ada rezeki sikit ni alang-alang belilah sebiji Portable Hard Drive : My Passport WD 1TB dengan harga RM334.00. Fuhh meroyan 10 minit jap aku kat kedai Sri Computer tadi.. biasalah dah setan rasuk mata jadi rambang lah.. dari berputih mata lebih baik aku beli je.. kang sampai kesubuh mengidam nak benda tu. haha..

Banyak gak yek jenama hard drive kat pasaran.. pening nak pilih tapi mana yang bagus tak pastilah.. aku memang nak cari jenama Western Digital (WD) je sebab bagi aku jenama ni memang terbaik yang pernah aku pakai. Lantaklah harganya mahal sikit dari jenama lain janji aku puas dan selesa pakai. Hard drive lama pun pakai WD bertahun gak lah aku pakai sampailah hayat dia nak mampos lepas kena banjir. Best bila beli hard drive ni dapat warranty selama 3 tahun. Macam aku ni yang guna lasak memang patut pun dapat warranty lama sebab file yang aku nak masuk dalam HDrive ni memang banyak.

So lepas ni nak transfer semua data/gambar/video yang ada dalam hard drive lama ke hard drive 1tb yang baru ni.. harap-harap ianya boleh bertahan lama lah hendaknya.. amin..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com