Gula-Gula Dalam Kipas Mainan

 

Teringat masa kecik-kecik dulu main mainan kipas ni dengan kawan-kawan. Selalu bila dapat mainan macam ni mesti ada gula-gula atau manisan dalamnya kan?.. tapi sampai hari ni aku tak pernah merasa nak makan gula-gula dalam mainan macam ni sebab masa kecik lagi abah aku tak bagi makan sebab takut sakit perut. Betul juga sebab gula-gula dalam mainan ni tak ada tulis tarikh luput jadi tah bila dia proses pengilangan gula-gula tu kita mana tahukan?..

 

 

Sebenarnya ni mainan si Alia, tu pun dia dapat masa pergi party hari jadi sepupu dia. So aku pinjam kejap mainan alia ni untuk tulis blog haha.. saja je nak mengimbaukan kembali nostalgia permainan aku masa kecik-kecik dulu.. tapi jangan haraplah anak buah aku tu nak makan gula-gula tu.. aku akan pastikan setiap keturunan aku tak makan gula-gula yang tanpa tulis tarikh luput.. kalau setakat nak main mainan tu boleh lah.. kang tak pasal-pasal kena cirit birit, pak ngah gak yang susah.. :)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com