Percutian Singapura – Beli Souvenirs Murah

 

Kalau ke luar negara atau tempat-tempat pelancongan dalam dan luar Malaysia memang tak sah kalau tak beli Souvenirs atau cenderamata untuk kawan-kawan atau keluarga. Disebabkan kadar matawang Ringgit bila di convertkan ke matawang Dollar Singapore agak mahal jadi rasa agak terbantut sedikit untuk beli Souvenirs yang banyak. Untuk tidak menghampakan kawan-kawan aku pun beli Souvenirs murah di Bugis Street. Kalau naik MRT di Singapura boleh turun di Stesen City Hall (N25) dan kemudian tukar train ke laluan LRT menuju ke Bugis (EW12).

 

 

Harga baju dan Souvenirs disini memang murah belaka. Baju t-shirt boleh dapat 4 helai $10.00 tapi aku tak beli sebab kualiti bajunya sangatlah tak bagus. Memanglah cap ayam tapi at least bagilah kualiti sikit.. so aku hanya beli key chain je untuk kawan-kawan.

 

 

Kat sini boleh dapat key-chain cam gambar kat atas ni $10.00 untuk 18pcs .. kira murah gak lah kan.. tapi bila convert duit Malaysia jadi mahal balik haha.. tak pelah at least ada juga Souvenirs untuk dibawa pulang untuk kasi kawan-kawan yang mengidam nak pergi Singapore. So kalau korang nak shopping Souvenirs aku sarankan pergi ke Bugis Street sebab kat sini kira macam kat Petaling Street di Malaysia lah..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com