Percutian Singapura – Merlion Park

 

Kalau ke Singapura memang tak sah kalau tak singgah ke Merlion Park. Kalau nak naik public transport ke sini boleh turun di MRT Raffles Place dan jalan kaki susuri tepian lautan menuju ke Merlion Park. Agak susah juga sebenarnya kalau turun di MRT Raffles Place ni sebab train ni turun kat bawah tanah. Bila naik atas tengok semua bangunan besar-besar nak cari jalan ke Merlion tu pun aku tak tahu. Nak tanya orang semua macam bz je.. macam biasalah orang Singapura semua jalan laju-laju nak tanya diorang pun tak sempat. Tapi tak lah susah mana pun, bila turun Raffles Place MRT ni boleh cari signboard jalan ke Marina Bay View. So jalan punya jalan niat di hati nak tengok binatang dua alam ni (Merlion) tapi apakan daya tak kesampaian. Sebab Merlion duduk dalam sangkar haha.. sekarang ni diorang tengah buat kerja-kerja baik pulih Merlion.

 

 

Kerja-kerja renovation Merlion ni dijangka sampai bulan September 2012. Sebab mengikut papan tanda kat situ diorang akan sambut ulangtahun Merlion yang ke 40 tahun September ni. Mungkin diorang tengah baik pulih bagi lagi cantik Merlion tu..  Bagi tidak menghampakan pelancong dan orang ramai yang datang dari jauh semata-mata nak tengok patung Merlion ni. Pihak pelancongan Singapura telah meletakkan seketul anak Merlion kat situ..

 

 

Its ok lah.. dari tak bergambar langsung dengan Merlion kan.. haha.. dengan seketul patung Merlion ni pun berduyun masyarakat sebok nak bergambar.. ada yang datang dari Malaysia (aku), Indonesia, Bangladesh, Korea, Arab dan banyak lagi. Tapi anak Merlion ni tak ada air pancut keluar dari mulut dia.. (tak best).. apa-apa pun ok lah ada juga gambar aku dengan Merlion.. dah lah penat jalan kaki dari MRT Reffles Place ke sini.. naik longgar tengkorak lutut aku..

 

Sejarah Merlion Singapura

Map dari MRT Raffles Place ke Merlion Park.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.