Jom Buat Anime & Join TBS DigiCon6

 

Sebenarnya setiap orang ada bakat terpendam cuma tak ada cara nak luahkan je. Lebih-lebih lagi kalau ada bakat buat Animation (Amine). Jangan cakap orang yang pro je pandai buat Anime tau sebenarnya sesiapa saja boleh berjaya dan buat anime sendiri kalau berusaha. Tergerak hati aku sebenarnya nak join contest TBS DigiCon6 ni sebabnya hadiah yang ditawarkan sangatlah lumayan dan menarik. Tuah manusia siapa yang tahukan? jadi dari tak buat apa-apa, apa salahnya mencuba benda yang lain pulak.

Untuk pengetahuan semua TBS Digicon6 ni terbuka kepada semua yang berminat dalam pembuatan berasaskan digital. Tak kiralah apa saja cara sekalipun asalkan ianya di edit dan menggunakan peralatan berasaskan digital dah layak untuk menyertaiya. Ianya terbuka kepada mereka yang professional dan amateur macam aku ni. Siapa yang pandai buat anime tu digalakkan lah join TBS Digicon6 ni mana tahu korang boleh menang hadiah lumayan.

 

 

TBS DigiCon6 mula bertapak sejak tahun 2000 di Jepun yang mencari bakat semulajadi dari beberapa negara seperti Japan, China, Hong Kong, India, Korea, Singapore, Taiwan, Thailand, Philippines dan Malaysia. Anugerah ini mencari bakat terpendam dari mereka yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam dunia digital dari seluruh Asia. Ianya juga merupakan salah satu cabang bagi pelajar, amatuers dan golongan professional untuk menunjukkan potensi dan kreativiti yang mereka ada kepada semua.

Hadiah yang ditawarkan dalam TBS Digicon6 sangatlah lumayan. Bagi peringkat Malaysia hadiah pertama layak mendapat jemputan ke peringkat akhir di Tokyo Jepun pada 16 November 2012. Senarai hadiah seperti berikut :-

Hadiah Peringkat Malaysia

Hadiah Peringkat Akhir di Jepun

Structure Pertandingan dan Anugerah TBS Digicon6

 

 

Jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah start buat anime korang sekarang. Tarikh tamat hantar penyertaan pada 3 Ogos 2012 dan keputusan (14th TBS DigiCon6 Malaysian Competition) akan keluar pada bulan September 2012. Untuk maklumat lanjut tentang penyertaan dan syarat-syarat boleh lawat : http://www.mscmalaysia.my/topic/Digicon6

Huhu korang dah tengok ke belum anime yang aku buat? alahai biasa-biasa je.. guna pun software free je tapi at least aku mencuba dari tak buat apa kan.. untuk Digicon6 kali ni aku buat anime 3d guna software Muvizu yang sangat simple dan senang.. korang pun boleh buat gak lebih baik dari yang aku buat. Jom lah tengok anime cerita “Kisah Si Belalang” yang aku buat ni..

 

 

Cerita ni adalah cerita untuk kanak-kanak.. kisah Si Belalang dengan rakan-rakannya.. harap korang dan juri sukalah ye cerita dan video ni.. aku ni amateur je bukan pro pun.. insyaallah lepas ni aku akan lebih teliti bila buat video anime.. :)  So kawan-kawan chillout dan have fun ya.. jangan lupa join TBS DigiCon6 tau ..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.