Percutian Singapura – Jom Naik Public Transport

Alhamdulillah percutian ke Singapore berjalan dengan lancar. Pertama kali menjejakkan kaki ke tanah Singapura buat aku sangat teruja dengan kemajuan yang dilakar di tanah kecil ini. Kalau nak ke Singapura dan budget nak jalan-jalan sendiri tanpa guna mana-mana agent pelancongan boleh je sebenarnya. Lagi jimat sebenarnya pergi sendiri dan naik mana-mana pengangkutan awam yang ada disini. Lagipun rakyat di Singapura memang lebih gemar menaiki public transport berbanding bawa kereta sendiri. Banyak cara untuk bergerak sendiri melawat tempat-tempat menarik di Singapore, boleh jalan kaki kalau rasa kaki tu larat haha. Cara lain boleh naik MRT, LRT atau Bus yang ada. Terbaik boleh aku cakap sistem public transport disini memang terbaik. MRT dan LRT bergerak ke setiap stesen dalam masa 3-6 minit. Jadi tak payah nak tunggu lama train dan Bus pulak bergerak mengikut jadual yang tepat.

 

 

Okey aku nak share sikit tips macam mana nak ke Singapura melalui JB Sentral – City Square Bridge – Singapore

1 – Parking kereta di JB Sentral – City Square (harga parking untuk satu hari RM12)

2 – Jalan kaki ke bangunan Bangunan Sultan Iskandar – Custom Imigration Quarantine (C.I.Q) Johor Bahru dan menuju ke imigresen Malaysia. Memang besar tempat ni selesa dan bersih cuma penat sikit la nak menapak jalan kaki yang agak jauh dari tempat parking kereta.

3 – Lepas selesai pemeriksaan pasport di imigresen Malaysia jalan kaki ke tempat bus dan ambil bus yang menghala ke Singapura. Aku naik bus no 170 ke stesen MRT Kranji (RM1.20) atau bus no 950 untuk ke MRT Woodlands. Lepas naik bus berkenaan, perjalanan seterusnya ke Woodlands Checkpoint akan mengambil masa lebih kurang 5-10 minit kalau tak jam. Di Woodlands Checkpoint kena turun dan pergi ke imigresen Singapore pulak.

4 – Lepas selesai pemeriksaan pasport di imigresen Singapore, naik semula bus yang sama masa korang naik di Bangunan Sultan Iskandar. Pastikan tiket bus disimpan sebab boleh digunakan semula.

5 – Bus akan bawa terus ke MRT Kranji atau MRT Woodlands

6 – Pengalaman aku di Singapore turun di Kranji dan jumpa tiket office MRT untuk cari Singapore Tourist Pass. Rupa-rupanya tiket tourist pass ni hanya dijual di MRT Ang Mo Kio. Jadi dari Kranji aku naik MRT ke Ang Mo Kio dengan perjalanan lebih kurang 20 minit. Harga tiket standard MRT $3.00 (Singapore Dollar) (Kranji – Ang Mo Kio). Sebenarnya harga perjalanan ke Ang Mo Kio $2.00 je tapi lepas sampai ke destinasi korang kena return balik kad untuk dapatkan balik deposit $1.00. Bagus juga diorang buat sistem macam ni, tapi agak menyusahkan juga sebab orang kena pegi mesin pemulangan kad untuk dapat balik $1.00

 

 

7 – Sampai di stesen MRT Ang Mo Kio terus pergi ke kaunter office ticket untuk beli Singapore Tourist Pass. Untuk maklumat semua. Aku memang cadangkan kepada backpacker atau yang datang Singapore untuk jalan-jalan seharian boleh la beli tiket Singapore Tourist Pass ni. Memang berbaloi-baloi sebenarnya.  Harga Singapore Tourist Pass ni $20.00 untuk sehari tapi bila return balik pass tersebut kita dapat balik deposit $10.00 jadi harga sebenar kad adalah $10.00 sahaja. Dengan kad ni bolehlah jalan-jalan satu Singapore dalam masa sehari dengan menaiki apa jua Bus, MRT dan LRT tanpa had.

8 – Jadi lepas dapatkan kad Singapore Tourist Pass. Kita jalan-jalan la satu Singapore sampai lebam.. haha mak aku sampai sakit kaki sebab berjalan tak hengat punya di Singapura.

 

Bergambar di Stesen MRT Orchard Street (NS22)

9 –  Kalau nak balik ke JB Sentral semula senang je.. Naik semula MRT ke stesen Woodlands dan pulangkan kad Singapore Tourist Pass disana dan dapatkan balik deposit.

10 – Naik Bus no 950 dari MRT Woodlands dan terus ke JB Sentral. Harga tiket bus $1.60. Proses immigration adalah sama macam nak masuk Singapore.

 

Pesanan bila berada di tempat awam di Singapura

1 – Jangan buang sampah merata-rata

2 – Dilarang sama sekali makan dan minum dalam MRT, LRT, Bus.. huhu aku tak tahu jadi main bedal minum dalam train.. lepas minum semua orang pandang.. haha pastu tengok kat cermin ada sticker tak boleh makan.. haha nasib baik police diorang tak nampak. Kalau tak pepasal kena saman.

3 – Kalau naik MRT, LRT pastikan korang ingat balik tempat korang keluar. Sebab kebanyakkan stesen MRT ni dok kat bawah tanah. Jadi bila nak naik balik dah lupa kat mana lubang yang kita masuk tadi. Jadi supaya tak lupa cuba ingat bangunan mana yang kita mula-mula nampak masa kita keluar dari MRT tersebut.

4 – Pergi Stesen MRT jangan lupa ambil map ini.. (gambar kat bawah) supaya senang nak tuju kemana.

5 – Orang Singapore ni memang suka jalan laju-laju. Tak percaya? pergi sendiri dan tengok.. untuk maklumat Escalator diorang memang laju giler. Kalau orang tua nak naik memang susahlah..

6 – Malu bertanya sesat jalan.. bertanya pun sesat jalan.. haha ni kes mak aku masa kat Orchard Street. Nak cari kedai halal kononnya. Pastu tanyalah 2 orang melayu warga Singapura ni.. punyalah baik sampai sanggup bawakan kami tawaf satu shopping complex kat Orchard Street sampai lenguh-lenguh kaki. Pastu sampai satu tempat tengok tak ada satu pun makanan halal kat situ. Pastu 2 orang perempuan tadi macam dah blur (orang Singapore pun tak tahu tempat sendiri) so diorang bagi guide “Ok adik jalan kiri jalan kanan naik atas turun bawah pastu nampak kedai Ayam Penyet Ria). So kita orang pun ikutlah direction yang dia bagi.. sampai-sampai tengok rupanya tu jalan keluar dari shopping complex tu.. ciss bedebah..

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.