KOMPAUN TRAFIK DBKL : PERINTAH 8 (3) PERINTAH LETAK KERETA BERMETER 1984

 

Tahniah.. Tahniah.. kini aku mempunyai 8 saman tertunggak DBKL.. happy sangat sebab hanya 8 sama sahaja yang direkodkan dalam sistem mereka lepas aku cek saman online DBKL tadi. Sebenarnya aku ada lebih kurang 50 keping saman DBKL atas kesalahan PERINTAH 8 (3) PERINTAH LETAK KERETA BERMETER 1984 iaitu gagal mempamerkan pelekat/tiket bayar parking kat belakang office tempat aku bekerja ni. Sejak aku bekerja dari tahun 2004 sampailah 2012 ni aku tak pernah pegi bayar haha. Nasib baiklah tak sampai surat rasmi dari diorang. Harap-harap tak dapatlah… kalau dapat nyaya aku nak bayar 8 keping saman yang jumlahnya lebih kurang RM800.

Insyaallah hujung tahun ni dapat duit Bonus aku pergilah bayar sikit-sikit duit saman ni. Salah aku juga sebab tak bayar duit parking walaupun hanya berapa sen je sejam. Bukan tak nak bayar tapi kadang-kadang nak cepat dan mesin bayar duit parking tu buat hal.

 

Moral of the story : Bayarlah parking kenderaan dengan ikhlas.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *