Tips : Beli Online Tiket Universal Studios Singapore (USS)

Ramai yang dah tahu yang aku akan pergi bercuti ke Universal Studios Singapore (USS) hujung bulan ni. Ramai juga tanya kat aku dah beli tiket ke belum sebab banyak respond yang aku dapat diorang suruh beli tiket awal takut bila beli tiket di kaunter nanti putih mata. Kalau waktu cuti sekolah memang wajib lah beli online atau beli melalui agent dari Malaysia. Tapi aku ni jenis tak suka beli dari agent yelah buat apa nak bazirkan duit bayar duit kopi kat agent tu sebab kita boleh beli sendiri via online. Lebih mudah, selamat dan kita sendiri yakin. Kadang-kadang beli melalui agent ni pun kena hati-hati takut kena tipu kemudian hari.

Hari tu aku agak tension sikit sebab Aku Tak Boleh Beli Tiket Online Universal Studios Singapore. Tapi nak tension-tension pun tak boleh sebab masalah tu datang dari aku sendiri. Tapi hari ni lepas je aku bayar outstanding payment kad kredit aku terus beli 4 tiket Universal Studios Singapore. Hari yang aku nak pergi ke USS nanti adalah waktu peak season walau pun hari tu adalah hari Khamis, sebabnya bulan 6 ni adalah waktu cuti persekolahan di Singapura. Harga tiket pulak jadi mahal. Dari harga biasa $68 (Non-Peak) dah jadi $74 (Peak). Tapi tak pe lah tak kesah sangatlah bayar lebih janji dapat pergi berjalan di Singapore.

Disebabkan aku ni memang nak beli online jadi masa pembelian tiket tu ternampak pulak yang pemegang kad kredit Maybank boleh dapat diskaun diskaun $10 (Singapore Dollar) untuk setiap satu tiket. Apa lagi gembira tak terhingga lah aku dibuatnya. Dari harga tiket $74 jadi $64 x 4 tiket = $256 jadi bila dah di convert ke currency ringgit dapatlah harga ni.. ($64x4x2.4 = RM614.40 / 4 = RM153.60). Kira murah juga lah kan?.. hihi… at least aku dah jimat $40 SGD kat situ. Nampak macam sikit tapi bila convert duit Malaysia aku dah jimat RM96.

Okey sekarang ni meh aku share sikit tips macam mana nak beli tiket ke Universal Studios Singapore (USS) melalui website RWSentosa. Senang je tak sampai 10 minit je transaksi pembelian tiket ni boleh dibuat. Dari nak pergi ke agent company nak bayar duit komisyen diorang lagi duit minyak kereta lagi kan.. So ikutlah step kat bawah ni untuk memudahkan korang..

Masuk laman web RWSentosa dan pilih Attractions (Universal Studio Singapore). Masukkan tarikh melawat dan klik Book Now.

Kemudian pilih jenis tiket yang nak dibeli. Harga tiket seperti berikut.

One Day Non-Peak Pass1  $68 (dewasa) $50 (Kanak-kanak 4-12 tahun)  $32 (Warga Emas 65tahun keatas)

One Day Peak Pass1  $74 (dewasa) $54 (Kanak-kanak 4-12 tahun)  $36 (Warga Emas 65tahun keatas)

Kalau bernasib baik macam aku boleh dapat diskaun dari Maybank so harga satu tiket untuk Peak Pass  cuma $64.

Bila sampai bahagian Payment korang tengok dulu betul ke tak tarikh yang korang nak pergi tu.. sebab kalau salah tarikh tak boleh tukar tiket lagi dah..

Bila klik PAY.. nanti system akan pergi ke page seterusnya.. so kat situ korang boleh masukkan email (email penting sebab nanti tiket akan di email kat korang).. dan masukkan sekali nombor kad kredit untuk buat pembayaran.

Bila pembayaran success korang akan dapat tengok detail confirmation tiket korang.. so tiket akan terus dihantar melalui email dan boleh print terus.

Ini adalah e-ticket yang RWSentosa email. So boleh print e-ticket ni dan bawa ke kaunter untuk tukarkan kepada tiket masuk. Mudah je kan.. so lebih baik beli online jimat masa, tenaga dan wang ringgit.

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com