Kenapa Aku Tak Boleh Beli Tiket Online Universal Studios Singapore

 

Serius nak maki hamun, nak marah, nak menjerit, nak lempang orang semua ada sekarang ni. Darah tinggi semua dah naik tahap boleh meletup tahap gaban. Serius aku kecewa sebab hari ini cadang memang nak beli tiket Online ke Universal Studios Singapore (USS) hujung bulan ni. Nak beli sekarang sebab takut kalau beli lambat-lambat nanti tiket habis pulak lagi lah waktu bulan 6 ni waktu peak season dan cuti sekolah kat Singapura. Mesti ramai budak-budak sekolah pergi sana kan?.. tapi puaslah beli online dan siap screenshot lagi ingat nak buatlah tutorial cara beli tiket online USS tapi balik-balik aku sendiri yang fail haha..

Lepas buat pembayaran guna kad kredit Maybank (alasan sebab MaybankCard dapat diskaun $10 untuk setiap tiket), dah sampai masukkan nombor kad, MSOS Code, pastu bila submit sampai website rwsentosa.com system reject balik.. cuak gak takut gaklah buatnya transaksi success tapi tiket tak dapat. So aku pun call lah balik Maybank rupa-rupanya… kad kredit aku dah over limit. hahaha sialan.. baru aku ingat yang aku baru buat balance transfer kat card baru tu so jumlah penggunaan aku tinggal berapa ratus je.. ni pulak nak beli dalam currency Singapore Dollar so bila sistem convert ke duit Malaysia jadi tak cukup lah..

Waduh hai.. nampaknya hari isnin nilah baru boleh beli ye lah kena bayar lah dulu outstanding kad kredit baru leh pakai balik.. cis bedebah.. harap-harap tiket ke Universal Studios Singapore masih ada lah minggu depan ye.. janganlah mengecewakan aku kali ni..

 

PS : Moral of the story.. sebelum buat sebarang pembelian menggunakan credit card silalah bayar dulu segala outstanding yang ada haha.. :P

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com