A Thousand Years with the Christina Perri and Celcom

Cantik, Comel, dan Cun adalah empat “C” untuk Christina Perri yang menarik bagi aku. Aik kenapa aku cakap empat sedangkan hanya Cantik, Comel, dan Cun mana lagi satu “C”.. Okey “C” yang lagi satu tu adalah kerana CELCOM lah aku dapat menonton konsert Christina Perri live in Malaysia 7 June 2012 ini di KL Live, Jalan Sultan Ismail. Hanya kerana Celcom Di Tangan Anda kini pilihan terbaik untuk berhibur sakan bersama Christina Perri. Waduhh serius aku happy giler bila dapat tahu Christina Perri akan beraksi di sini. Mula dulu aku tak berapa nak kenal dia ni tapi lepas dengar lagu Jar of Hearts, A Thousand Years dan Arms buat jiwa dan raga aku ni dah ngam dengan melodi yang dinyanyikan.

Korang semua sebenarnya kenal ke tak yek dengan Christina Perri ni? Kalau yang dah tonton cerita Twilight Saga mesti pernah dengar lagu A Thousand Years kan kan.. lagu ni bagi aku memang lagu yang menusuk kalbu, hati, jiwa dan raga lah.. memang best dan penuh dengan maksud tersendiri. Sesuailah kalau yang tengah cintan cintun tuh kan kan..  Ok ini aku paste sedikit info pasal Christina Perri dari Wikipedia.

 

Christina Judith Perri (born August 19, 1986)is an American singer-songwriter and musician from Philadelphia. Her song “Jar of Hearts” charted in the United States after it was featured on the Fox television show So You Think You Can Dance in 2010. Rolling Stone named her the “Band of the Week” on October 26, 2010. On May 10, 2011, Perri’s “Jar of Hearts” was featured on Glee (Season 2, Episode 20 “Prom Queen”).Also, on June 27, 2011, Perri’s “Jar of Hearts” was featured on Switched at Birth (Season 1, Episode 4 “Dance Amongst Daggers”). One of her songs, “A Thousand Years”, has been in the Twilight saga movie Breaking Dawn.

 

I have loved you for a Thousand years I’ll love you for a Thousand more … yaaa saya pun cintakan awak Christina Perri sampai bila-bila.. haha apa yang aku dah meroyan ni.. ok aku berharap sangat supaya dapat tiket ke konsertnya nanti sebab aku nak abadikan saat indah dan romantis sambil dengar lagu-lagu dia ni..  kan best kalau boleh bawa awek sekali mesti awek aku pun suka nanti.. apa-apa terima kasih kepada Nuffnang kerana memberikan peluang kepada semua blogger menang tiket ke konsert Christina Perri live in Malaysia dan khasnya kepada CELCOM dan XPAX kerana membawakan Christina Perri secara exclusive kepada semua rakyat Malaysia.

Kalau korang memang peminat setia Christina Perri mesti korang tak akan lepaskan peluang ni kan?.. apa lagi jomlah kita ramai-ramai mendownload Call Me Tones dan lagu-lagunya kedalam handphone. Kalau nak tahu lagu apa yang best dan macam mana nak download meh tengok kat bawah ni..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com