iPhone, iPad & Macbook Hilang

Kalau lah iPhone, iPad, Macbook aku ni hilang mau aku menangis 3 hari 3 malam kot. Bukan senang-senang aku nak dapat benda yang aku idamkan tu bila dah dapat sekali kalau hilang memanglah tak bernasib baik. Tapi pernah tak korang terhilang atau tersalah letak tempat handphone korang?.. kadang-kadang cuma terselit bawah bantal atau sofa je tapi dia punya cuak time hilang tu bagaikan rasa nak meletop je kepala. Haha lebih-lebih lagi kalau dalam ipad or iphone korang tu ada letak gambar kenangan dan gambar peribadi yang korang sayang.

Aku baru-baru ni seriau satu hari bila iPhone aku hilang. Mula-mula ingat takut terjatuh kat tempat kerja sebab aku ni kekadang cuai sikit letak barang bersepah-sepah. Balik rumah pun cari tak jumpa.. bila call nombor telefon aku tak ada bunyi. Baru aku teringat yang aku dah silent phone aku awal-awal. Pelik gak nak kata orang curi kenapa pencuri tu tak keluarkan sim card aku dan pakai sim card dia?.. cari punya cari puas satu rumah selongkar tak jumpa-jumpa.

Baru aku teringat yang iPhone, iPad dan Macbook Pro aku dah on function “Find My IPhone” yang disambungkan terus ke iCloud.com. Sebenarnya bagus gak fungsi icloud ni. Aku sebelum ni tak berapa nak ambik kesah sangat sebab macam tak fungsi sangat untuk aku. Tapi bila dah kehilangan iPhone barulah tercari-cari fungsi find my iphone ni.

Mudah je kalau korang beli produk Apple, contohnya iPhone atau iPad. Pergi ke bahagian Setting – iCloud. Kemudian tekan (ON) pada bahagian Fine My iPhone. Pastikan korang guna Apple ID untuk aktifkan iCloud akaun. Kalau tak ada fungsi iCloud tu silalah update dan kemaskini Apple Product korang ke iOS 5. Kalau guna MAC pulak pergi ke System Preferences dan cari iCloud. Kemudian (ON) fungsi Find My MAC. Senang je kan..

 

 

Okey sekarang ni macam mana kalau iPhone, iPad atau Mac korang hilang? macam mana nak cari?.. apa fungsi lain yang boleh membantu kita protect data yang ada dalam iPhone, iPad atau Mac tu dari diambil orang yang tak bertanggungjawab? Mudah saja. Cuma pergi ke icloud.com dan login menggunakan Apple ID. Kemudian pergi kat bahagian Find My iPhone.

 

 

Jadi kat sini korang boleh tengok kat mana Apple Product yang korang daftarkan berada.. nampaknya semua barang aku ada kat rumah area rumah aku je.. mungkin aku tersalah letak kot iPhone aku tu.. cari punya cari lah rupanya bawah katil terjatuh.. haha.. yang bestnya fungsi Find My iPhone ni ianya disertakan sekali dengan MAP. Jadi kalau hilang dari jarak jauh at least kita boleh cari ianya kat mana..

 

Antara fungsi lain… kalau lah tak jumpa sekali pun iPad, iPhone or Mac korang tu. korang boleh hantar mesej, remote lock dan wipe data yang ada dalamnya. At least data yang ada dalam tu selamat dan tak akan tersebar orang lain.. Baguskan sebenarnya fungsi iCloud ni.. ada banyak lagi tau yang menarik.. sebab tu aku suka guna barang Apple :)

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Tips and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.