Siapa Olivia Lubis Jensen

 

Bukan senang tau nak jumpa artis Sinetron dan Filem Indonesia ni. Sekali dapat jumpa aku mesti terliur tengok haha.. cewek-ceweknya cantik bangat sih.. ngak bisa aku menahan sebak di dada haha.. bukan aku je yang terliur, ramai je jejaka kacak luar sana pun menangis tengok cewek Indonesia yang gebu-gebu ni. Adoi apalah yang aku merepek ni kan? haha bukan apa aku sebenarnya terlebih excited sebab dapat jumpa Olivia Lubis Jensen hari tu.

Sebenarnya korang jangan salah faham. Aku jumpa dia bukan sebab bisnes atau apa-apa hubungan pun. Kebetulan je dapat jumpa dia kat TGV Sunway Pyramid hari tu. Tak sangka pulak dia pun ada sekali. Sanggup tu turun Malaysia sama-sama tolong mempromosikan filem terbaru lakonannya tu. Korang pernah tak dengar nama Olivia Lubis Jensen? kalau korang peminat filem Indonesia mesti korang kenal dengan dia ni tapi kalau korang tak minat rasanya tak kenal lah kot kan?..

Olivia Lubis Jensen ni seorang pelakon sinetron, filem, pengacara, model iklan dan video klip. Baru berusia 19 tahun anak kacukan German-Indonesia Batak. Padan lah cantik dan putih gebu sebab berdarah kacukan. Antara filem lakonan Olivia adalah Bukan Cinta Biasa (2009), Kembang Perawan (2009), Cinta 2 Hati (2010), The Tarix Jabrix 3 (2011),  Milli & Nathan (2011), Masih Bukan Cinta Biasa (2011), Gerimis Mengundang bersama artis Malaysia (2012) dan “Ada Apa Dengan Cinta 2″ (2012). Bakat dia ni memang tak dapat nak dipertikaikan lagi, masa usia muda ni lah patut bekerja keras dalam bidang yang dia ceburi ni.

Harap lepas ni Olivia dapat banyak tawaran berlakon filem di Malaysia dan Indonesia ya. Aku support kamu disini.. bisa ngak kita keluar date.. ? haha… ok lah jom layan foto Olivia Lubis Jensen.

 

Ehh tiba-tiba kan bergamar dengan Olivia Lubis Jensen.. jangan jeles haha..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com