Harris Alif – Kisah Yang Terindah

 

Sekali sekala jadi wartawan jemputan untuk blog ChillOut.MY ni seronok juga kan.. bukan senang tau nak jadi wartawan ni atau lebih dikenali sebagai wartawan blogger. Kenapa aku cakap wartawan blogger? sebab wartawan blogger ni tak dapat bayaran pun saja main suka-suka. Selalu gak aku dengar dan tengok wartawan mainstream ni dengki ngan wartawan blogger. Tah apa yang diorang nak dengki pun tak taulah. Ada sampai sanggup hina blogger ni dan label blogger ni sebagai pengacau. Alah lantak lah apa diorang nak cakap sebenarnya diorang jeles yang blogger ni pun pandai cari berita untuk pembaca blog masing-masing.

Ok ok malas nak cerita pasal Wartawan yang kekwat meh korang dengar apa yang aku interview kan kat adik Harris Alif ni.. oh ye kalau korang nak tahu adik Harris Alif ni lah Juara Idola Kecil satu ketika dulu. Sekarang ni dah berumur 13 tahun dan ada potensi untuk meningkat maju dalam industri muzik tanah air. Suara dia pun boleh tahan sedap gak tau.. tak sia-sia bakat yang ada diasah sejak dari kecil lagi. Sekarang ni dia dah release single terbaru iaitu “Kisah Yang Terindah” dan akan diputarkan di corong-corong radio tak lama lagi. Bukan setakat aktif menyanyi tapi Harris Alif juga aktif dalam bidang pengacaraan dan kini dah berlakon filem gak. Filem lakonan Harris Alif yang bakal menemui peminatnya tak lama lagi adalah filem animasi Bola Kampung 3D dan Aku Kau Dan Dia.

Apa-apa pun tahniah ye adik Harris Alif dan teruskan usaha dan rajin-rajin belajar ye.. walaupun sekarang ni meriah dapat tawaran macam-macam tapi pelajaran tu juga penting. Pandai-pandai ye bahagikan masa 🙂 Good luck and keep cool .. ngeeee…

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Review Album (Malaysia) and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Harris Alif – Kisah Yang Terindah

  1. Pingback: Selebriti Popular Di Majlis Berbuka Puasa | Mohdzaid.com | Aku Cuma Insan Biasa

  2. salam….hy abg harris alif….adik minat sngat dkat abg harris….adik ingin menggambil abg harris mnjadi abg angkat…

  3. Mohd Zaid says:

    Riena Simpson > kita pun minat gak..

  4. shahfizi says:

    harris ni shahfizi

  5. Mohd Zaid says:

    shahfizi > harap abang harris baca la msg shahfizi ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *