Wisata Semarang Indonesia?

Hoyey.. Hoyey.. Akhirnya terbeli juga aku tiket Airasia ke Semarang Indonesia bulan November ni nanti. Kali ni pergi ke sana dengan x member My Selangor Story sure best dapat reunion balik dengan mereka nanti. Wahh excited pulak aku nak jelajah Indonesia kali ni maklumlah ni pertama kali aku ke sana. Yang pastinya ramai kawan-kawan aku dari Indonesia akan join trip kali ni.. wahhhh tak sabarlah nak jumpa diorang nanti. Jadi kena buat perancangan awal ni dan nak simpan duit untuk shopping dan jalan-jalan kat sana.

Korang semua pernah tak pergi ke Semarang Indonesia?.. kalau ada yang dah pernah pergi bolehlah cerita sikit pengalaman korang kat sana. Apa yang best dan apa yang perlu kita orang pergi nanti.. yang pastinya apa yang aku Google, Semarang Indonesia ni kaya dengan pantai dan pulaunya yang cantik dan sejarah dunia yang ditinggalkan pada zaman Belanda yang memukau. Menurut Wikipedia, Kota Semarang terletak lebih kurang 466 km sebelah timur Jakarta atau 312 km sebelah barat dari Surabaya. Jadi pastinya banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita orang singgah nanti dan aku ni sebenarnya teringin sangat nak tengok Candi Borobudur harap-harap boleh lah singgah sekejap ke sana..

Apa-apa pun masa akan berlalu.. November ni pastinya satu kenangan terindah dalam hidup aku.. So mulai dari hari ni nak ikat perut dan nak simpan duit haha.. oh ye korang yang pernah Wisata Semarang Indonesia ni silalah komen ye kat mana tempat best yang WAJIB kita orang lawat nanti.. :)

Antara 10 tempat yang aku Google yang perlu dilawati di Semarang

Kompleks Tugu Muda, Lawang Sewu, dan Museum Mandala Bakti

Pusat Belanja Simpang Lima dan Pusat Oleh – oleh Khas Semarang Jalan Pandanaran

Kawasan Kota Lama Semarang

Pantai Marina dan Pantai Maron

Masjid Agung Jawa Tengah

Pagoda dan Vihara Watu Gong

Klenteng Sampoo Kong

Museum Ronggowarsito

Museum Rekor Jamu Jago dan Taman Tabanas

Kebun Binatang Mangkang Semarang

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.