Running Man Buat Aku Insomnia

 

Serius aku bengang dengan adik aku Uzair sebab pasal dia lah aku terjebak dengan cerita Korea Running Man ni. Haha.. sebelum ni aku memang malas nak layan cerita Korea sebab aku tahu aku ni bila dah start tengok nanti semua kerja tak boleh buat. Pasal Uzair dari hari tu tengok kat laptop dia dan gelak sorang-sorang aku ingat apahal la kan tetiba gelak tengah-tengah malam. Rupanya dia melayan cerita game show Running Man ni. Huhu malu pulak nak cakap yang aku pun dah giler dengan cerita ni, ye la aku tau macam aku ni dah ketinggalan dengan Running Man ni dari 95 episode aku baru tengok sampai episode 16. Memang lawak giler diorang yang main dalam game show ni. Gerenti lawak terbahak-bahak…

Antara yang terlibat dalam Running Man ni adalah Kwangsoo, Jaesuk, Joongki, Sukjin, Sparta Jongkook, Jihyo, Gary dan Haha. Setiap minggu ada je artis jemputan yang join dengan diorang ni. Setiap orang yang main dalam game ni dah macam satu keluarga dah. Diorang ni ada yang bijak, ada yang kuat lari, ada yang blur blur.. macam-macam perangai boleh lihat dalam game Running Man ni.

 

 

Jadi sekarang ni pasal Running Man lah aku susah nak tidur malam dan malas nak update blog haha.. boleh pulak cam tu kan?… lantak la orang nak kata aku ni ketinggalan ke apa ke, yo lah sebab rumah aku tak de Astro Byond kalau tak boleh tengok kat Astro ONE HD kalau tak silap aku setiap hari jumaat kan?.. apa- apa pun yang penting Running Man dah buat hari-hari ku tergelak sakan dengan gelak tawa diorang.. so so.. kalau ada yang masih belum tengok Running Man ni korang kena tengok dari Episode 1 sampai lah abis baru korang faham kenapa semua orang suka tengok cerita ni..

Kalau nak tengok online leh bukak kat link bawah ni.. kredit kepada epdrama

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Video and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.