Aku Insan Biasa

Rindu Nak Usap Bulu Maria Ozawa

dalam OMG oleh

Ahhhh rindunya dengan Maria Ozawa.. dah setahun berpisah dengan dia teringin nak usap bulu dia yang lebat tu. OMG korang jangan fikir lucah ok ni bukan Maria Ozawa yang pelakon lucah tu tau.. ni  Maria Ozawa a.k.a Maria Ogawa yang aku jumpa masa melancong ke New Zealand tahun lepas. Haha.. ye memang aku rindu nak peluk si Maria Ozawa ni sebab dialah tetamu yang datang ke bilik hotel kita orang masa bercuti ke NZ. Agak terkejut gak aku bila tengok kucing-kucing kat New Zealand ni sebab bulunya sanggat lebat. Sungguh istimewa kan ciptaan Allah ni, kat negara sejuk kucing-kucingnya berbulu tebal mungkin untuk menahan dari kesejukkan.

 

Nama Maria Ozawa ni bukan aku yang bagi tapi pekerja yang bekerja kat hotel ni. Ntah la mungkin dia memang suka melayan video Maria Ozawa kot sampai namakan kucing ni pakai nama tu haha.. Memang manja tau kucing ni lagilah dengan aku yang memang pencinta haiwan ni. Rasa nak bawak balik Malaysia je tapi mak aku tak bagi, alah bukan mak aku je tak bagi.. nak bawak naik kapal terbang pun tak boleh kang tak pasal-pasal kena tahan dengan polis haha..

 

 

Mata kucing ni warna biru air, bila ambik gambar guna flash lagi bersinar matanya. Indahnya ciptaan Allah. Kalau buat kacukkan ngan kucing aku ni mesti dapat anak-anak yang hensem ngan cantik kan?.. haha.. agaknya bilalah dapat jumpa Maria Ozawa lagi yek.. ntah la.. harap-harap pekerja hotel tu sentiasalah bagi makan dan minum kat kucing ni. Manalah tahu bila ada rezeki lagi kalau boleh pergi New Zealand boleh jumpa ngan Maria Ozawa kan..

 

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

14 Comments

  1. Saya suka baca kisah kucing awak.. sgt mnarik.. sy juga luv cat. Tapi tak sebanyak kucing awk.. satu pon susah nk jaga.. tp sy tak kisah.. syg kucing.. ::))

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Placeholder

Koleksi Mutiara Kata

Sehari baca satu mutiara kata.. ye sebenarnya mutiara kata ni boleh buat
Kembali Ke Atas