Kereta Bakal Kena Tarik


20120517-214219.jpg

Pening.. Pening.. Kadang-kadang dalam satu bulan duit banyak kadang-kadang sampai tak ada duit langsung nak makan. Itulah… Adat resam dunia duduk kat kota metropolitan ni. Orang fikir duduk kat bandar ni senang. Orang nampak macam orang kaya tapi siapa tahu sebenarnya orang duduk kat bandar ni lah orang yang banyak hutang.

Tapi bukan semua orang la yang tak ada duit macam aku ni. Ramai je orang hidup senang dan mewah. Aku ni nak hidup mewah tu tak lah sebab semua yang aku nak kena beli sendiri. Tak minta pun kat mak bapak aku kalau nak sesuatu benda tu.

Sekarang ni overtime kat office aku pun dah kurang so dapat bersih duit gaji je lah. Kerajaan pun dah saran kat majikan supaya tetapkan gaji minima pada pekerja. Baguslah sebenarnya banyak je company kat luar sana bagi gaji ciput kat pekerja. Tambahan ekonomi yang meruncing sekarang ni dan barang-barang keperluan pun mahal.

Macam mana nak maju kalau 8-9 tahun tapi masih ditakuk yang lama. Harga barang tak pernah nak turun. Gaji pun tak pernah la nak naik pada paras selesa.

Bulan ni memang bulan sadis untuk aku. Seriusly cakap baru 17 hari bulan duit dalam poket tinggal RM50 je. Kereta dah sebulan tertangguh bulan ni pun aku terpaksa bayar separuh je. Memang susah nak hidup. Orang cakap kalau tinggal dengan mak bapak senang sikit. Ya memang senang la. Bab makan minum, api air, tempat tinggal aku masih dibawah penjagaan mak aku lagi. Alhamdulillah la masih punyai mak yang sudi menyara anaknya yang dah berusia ni haha.

Nak kata aku ni jenis yang tak berduit langsung tu tak la. Ada je duit simpanan dalam ASB tapi bila asik dikeluarkan je bila masa nak menyimpannya. Simpan keluar simpan keluar tu je la kejenya.

Ya Allah. Aku berdoa padaMu kau permudahkanlah urusan harian aku sampai hujung bulan ni. Pada penarik kereta tu kalau nampak kereta aku tu buat-buatlah tak nampak ye. Bagilah sahabatmu ni sedikit masa untuk mencari rezeki.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , . Bookmark the permalink.