Borak Santai Bersama Ahmad Idham

 

Jumaat lepas bertempat di Kelab Golf Bukit Jalil kita orang duduk melepak dengan Ahmad Idham. Siapa yang tak kenal dengan Ahmad Idham bin Ahmad Nadzzri seorang penggiat filem, pelakon, pengarah, penerbit tersohor tanahair ni kan. Memang best dapat duduk dan berborak dengan beliau banyak pengalaman pahit panis yang beliau kongsikan pada kita orang semua. Actually ni bukanlah event ataupun perjumpaan rasmi, cuma saja duduk borak santai dan kenali dengan lebih dekat tentang diri beliau dan prinsip yang beliau perjuangkan.

Memang ramai yang tak tahu sebenarnya bagaimana cara hidup seorang artis mahupun perjalanan indusrti perfileman negara kita. Semuanya berpegang pada “Atas Dasar” tetapi tidak ramai yang ingin mengorek apa sebenarnya yang tersirat di awangan dan di dalam dasar tersebut. Melalui diskusi santai ni at least blogger seperti aku tahu serba sedikit apa yang terjadi sebenarnya dalam industri kita.

Ternyata perjumpaan kali kedua (kali pertama di Istana budaya) aku dengan Ahmad Idham ni tak mengecewakan. Seronok sebenarnya dapat berborak dengan seorang yang berfikiran luas dan dalam masa yang sama minda beliau yang sentiasa memandang kehadapan. Bagi aku filem, drama yang beliau hasilkan sangat berkualiti dan penuhi kehendak penonton. Tanpa penonton yang tengok cerita di panggung sedikit sebanyak boleh mematikan sumber pendapatan penggiat filem Malaysia.

 

Terima kasih ye abang Ahmad Idham sebab sudi belanja makan malam yang sedap kat Kelab Golf Bukit Jalil hari tu.. haha nanti belanja la lagi ye hihi.. apa-apa pun perjuangan tetap diteruskan saya berdoa agar filem dan drama arahan dan terbitan abang akan sentiasa mendapat tempat disisi masyarakat dan penonton. Sebelum ni pun filem dan drama abang memang menjadi ikutan dan teladan masyarakat.

 

 

Antara blogger lain yang sama-sama turut serta

Blogger “Zara Aluwi” pun turut ada.. cayalah.. siapa yang tak kenal dengan Zaraaluwi boleh baca novel beliau yang best tuh..

Gambar kenangan bersama Ahmad Idham

Blogger yang hadir.. kira macam perjumpaan kelab peminat Ahmad Idham la ni..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Borak Santai Bersama Ahmad Idham

  1. akuzle ayu says:

    wah! anak mithali kasi pomot mak..terbaekkk!! hiihih…

  2. Harap2x Ahmad Idham dapat teruskan kerjasama dengan blogger lagi in future…. nampakanya beliau dah nampak potensi blogger sebagai medium komunikasi yang lebih efisien dalam nak sampaikan maklumat….

  3. Mohd Zaid says:

    akuzle ayu > hehe ye la kak.. siapa lagi nak promot kalau bukan anak sendiri hihi..

  4. Mohd Zaid says:

    hazman aka species1980 > alhamdulillah abang ahmad idham pun nampak potensi blogger Malaysia macam kita ni.. insyaallah diperjumpaan akan datang bro pun boleh turut serta 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *