Nokia Lumia 610 Untuk Ibu Tercinta

Dah lama rasanya aku tak merasa pakai smartphone baru kan? setiap kali nak cari smartphone baru aku akan pastikan ianya pelbagai guna, cool dan bergaya. Teringin nak cari smartphone yang sesuai untuk golongan muda macam aku ni dan sesuai juga untuk digunakan oleh semua lapisan golongan usia. Jadi apakah smartphone yang terbaik sekarang ni ye?..

Ermm.. tak lama lagi 13-May-2012 merupakan Hari Ibu yang akan disambut di Malaysia. Jadi aku rasa nak mencari sesuatu yang menarik untuk di hadiahkan kepada ibu tercinta siapa lagi kalau bukan Pn. Zaharah. Tapi selalunya bila sampai waktu hari ibu ni aku mesti blur nak bagi hadiah apa. Kadang-kadang bila dah blur sampai aku terlupa untuk bagi hadiah mahupun ucapan hari ibu.  Alhamdulillah tahun ini rezeki bertambah-tambah jadi tak salah untuk aku membalas jasa ibu yang selama ni dah mendidik aku dan menjaga makan dan minum aku selama 28 tahun ni.

Jadi apakah hadiah terbaik untuk dihadiahkan pada ibu kita nanti? Okey untuk makluman mak aku ni memang suka dengan teknologi terkini. Pantang nampak sesuatu yang menarik dan cantik pasti nak dirakamnya. Smartphone amat penting bagi setiap insan tak kiralah untuk yang muda atau yang tua sebab dari situ kita boleh dapat pelbagai sumber maklumat, ilmu ada dimana-mana dan di hujung jari. Biasalah ibu alaf baru sekarang ni sentiasa mencari ilmu supaya tidak ketinggalan dengan teknologi. Jadi dalam fikiran aku sekarang ni aku macam nak hadiahkan kat mak aku sebuah smartphone yang ada ciri-ciri istimewa dan pelbagai guna.

Terdapat lambakan model jenis smartphone di pasaran sekarang ni dan macam-macam jenama boleh di dapati tapi bagi aku sekarang ni aku idamkan Nokia Lumia 610. Rasanya Nokia Lumia 610 ni memang sesuai sangatlah untuk aku dan untuk dihadiahkan pada ibu tercinta sebab ianya mempunyai ciri-ciri istimewa dan sesuai untuk semua golongan. Aku rasa mak aku mesti suka kalau dapat sebiji Nokia Lumia 610 ni kan?.. haha ok masih ada masa lagi ni untuk aku simpan duit. Apa sangatlah ringgit yang dibelanjakan untuk hadiah pada ibu sebagai balasan dan pengorbanan yang telah ibu korang curahkan pada korang. Betul tak?

Yang menarik ada pada Nokia Lumia 610 adalah ianya merupakan edisi terbaru dalam golongan Nokia Lumia. Apa yang buat aku tertawan hati dengan Nokia Lumia 610 ni, ianya didatangkan dalam skrin sentuh (Touch Screen) serta pilihan warna metallic yang menarik, design yang slim, sleek dan adorable. Jadi memang sesuailah untuk aku yang sukakan rupa bentuk yang menawan dan boleh juga dihadiahkan untuk mak aku yang sentiasa ingin kelihatan anggun. Fungsi kamera dalam Nokia Lumia 610 ni memang sesuai untuk mak aku yang suka merakam gambar dengan fungsi auto-focus, LED flash, kamera beresolusi 5-megapixel pada bahagian belakangnya dan mampu merekam video MPEG-4 VGA @ 30 fps. Lepas ni tak terlepaslah mak aku untuk merakam detik-detik indahnya bersama keluarga tercinta.

Nokia Lumia 610 menggunakan platform OS Windows Phone 7.5 dengan processor 800 Mhz Single Core / Qualcomm Snapdragon S1 dan mempunyai memori dalaman 256MB RAM dan 8GB simpanan data (Storage). Tak rugikan beli? memang berbaloi-baloi rasanya.Walaupun bersaiz kecil dan comel ianya merupakan peranti yang sangat bijak. Tersedia dengan pelayaran web sosial seperti People Hub membolehkan pengguna mengakses laman sosial seperti Facebook, Twitter, Linkedln, email, Chat, SMS dan macam-macam lagi dengan mudah dan pantas. Ternyata ianya diimplementasi untuk golongan pengguna muda dan pelbagai usia.

 

 

Lihat Spesifikasi Nokia Lumia 610 :-

Networks: WCDMA 850/900/1900/2100, GSM/EDGE 850/900/1800/1900

Speed: HSDPA cat 7: 7.2Mbps,

Display: 3.7” WVGA (800×480) TFT capacitive touch LCD display with pinch zoom

 OS: Windows Phone 7.5

Memory: 256MB RAM, 8GB storage dan SkyDrive Cloud Storage.

Camera: 5Mpix auto-focus, LED flash, Video capturing MPEG-4 VGA @ 30 fps

Size/Weight: 119.24mm x 62.18mm x 11.95mm (LxWxT) / 77.6cc / 131.5g (with battery)

Connectivity: WLAN 802.11 b/g/n, Bluetooth 2.1, A-GPS, micro-USB connector and charging, 3.5mm AHJ connector

Processor: 800 Mhz Single Core / Qualcomm Snapdragon S1

Audio: MP3 player, Audio jack: 3.5mm, Supported codecs incl.: mp3, AAC, AAC+, eAAC+, wma

Battery: 1300 mAh

 


 

Terdapat pelbagai aplikasi yang ada dalam Nokia Lumia 610 ni antaranya Nokia Drive, Nokia Maps, Nokia Transit, App Highlights, Nokia Contacts Transfer, dan banyak lagi. Wah..wah.. wah.. kecil-kecil cili padi kan? walaupun kecil tapi ternyata Nokia Lumia 610 ni menambat hati untuk pengguna yang tercari-cari keistimewaan didalamnya.  Rasanya kalau mak aku baca entry aku ni mesti dia kagum dengan anak dia kan haha ye lah sanggup tu nak hadiahkan sebiji Nokia Lumia 610 ni kat dia sempena hari ibu nanti. Lepas ni bolehlah mak aku surf internet dan Bing apa yang dia nak cari menggunakan Internet Explorer 9 yang ada dalam Nokia Lumia 610. Tambah pula dengan kelajuan speed yang sangat menakjubkan dan juga boleh digunakan bersama Wi-fi, memanglah super-super terbaik.

 



Rumusan Nokia Lumia 610 “Seksi, Anggun, Bergaya, Touch Screen, Kamera 5MP, Berat Hanya 132g, 3.7″ Saiz skrin paparan, 35 jam Maximum music playback time, 7 jam Maximum video playback time, 720 jam Maximum 3G standby time, 9.5 jam Maximum 3G talk time

Jadi rasanya aku dah ada dah jawapan hadiah apa yang nak dibeli untuk Hari Ibu nanti.. jawapannya adalah Nokia Lumia 610.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com